2013/03/19 – Pembantu Penyelidik (Ijazah dan Diploma)

Projek The Malaysian Cohort yang berurusetia di Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI) merupakan satu projek penyelidikan kebangsaan yang telah diluluskan oleh Kabinet dan ditaja sepenuhnya oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Kami menjemput anda warganegara Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Pembantu Penyelidik (Research Assistant/RA) seperti berikut :

Taraf Jawatan: Kontrak (sambungan kontrak bergantung kepada prestasi kerja)
Tarikh Iklan: Terbuka (mulai 2 April 2014)

  • PEMBANTU PENYELIDIK : KELAYAKAN IJAZAH  (Gaji : RM1,800.00)
  • PEMBANTU PENYELIDIK : KELAYAKAN DIPLOMA (Gaji : RM1,100.00)

Syarat lantikan:

  1. Mempunyai ijazah Sarjana Muda kepujian atau diploma dalam bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, ATAU
  2. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer atau diploma dalam bidang kejuruteraan elektronik (Komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, DAN
  3. Lulus Bahasa Melayu (termasuk ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Kriteria tambahan penjawatan:

  1. Berpengalaman dalam pengurusan dan merekabentuk sistem maklumat (information system design) dan sistem pangkalan data (database system) – merancang dan membangunkan sistem yang dapat menyokong keperluan projek
  2. Berkebolehan mengaturcara aplikasi mudah alih platform (Android / iOS), Html, PHP, Java, CSS, Jquery, Ajax , Asp.Net, dan perkhidmatan web yang lain. Berpengetahuan dalam MVC framework seperti cakephp, laravel, codeignitor akan diberi keutamaan. Framework lain juga dipertimbangkan.
  3. Berkepakaran di dalam pengurusan pangkalan data dan pengoperasian server Microsoft dan server sumber terbuka (Open Source)
  4. Boleh bekerja secara individu dan berkumpulan serta menjalankan tugasan lain seperti yang diarahkan oleh Ketua Projek tanpa/ di bawah minimum pengawasan
  5. Bersedia menerima arahan kerja lebih masa sekiranya diperlukan
  6. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
  7. Bersedia untuk bekerja di lapangan / luar bandar sekiranya diperlukan
  8. Pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 1 tahun. Calon yang baru menamatkan pengajian digalakkan memohon.

CARA MEMOHON

Calon yang berminat dan berkelayakan, sila layari www.mycohort.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut dan borang permohonan.

Hantarkan borang permohonan yang telah lengkap diisi dan 1 salinan transkrip dan skrol (atau pengesahan tamat belajar)  bagi diploma/ ijazah yang berkaitan kepada kami melalui salah satu cara berikut:
E-mel:
the_malaysian_cohort@yahoo.com.my

Pos:
Sekretariat The Malaysian Cohort
Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI)
Tingkat 7, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak
56000 Cheras, Kuala Lumpur
(u.p Bahagian Pentadbiran/ Perjawatan)

**  Calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga