2013/04/29 – Pegawai Sains (C41)

Projek The Malaysian Cohort yang berurusetia di Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI) merupakan satu projek penyelidikan kebangsaan yang telah diluluskan oleh Kabinet dan ditaja sepenuhnya oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Kami menjemput anda WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:-

Jawatan          :       Pegawai Sains C41

Tarikh Iklan    :       30 April 2013 hingga 13 Mei 2013

Taraf jawatan :       Kontrak

Kekosongan :        Satu (1)
—————————————————————————————————————————————————————————————————————–

SYARAT LANTIKAN

1.       Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang remote sensing, geoinformatik atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi               pengajian tinggi tempatanatau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Keutamaan akan diberikan kepada calon dalam Geoinformatik).

                   [gaji minimum-maksimum : RM 1,939.89 – 6,873.16]

2.       Lulus B.M (termasuk ujian lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

SYARAT TAMBAHAN

1.       Berkemahiran dalam bidang komputer.

2.       Berkemahiran/ berpengalaman menggunakan perisian  ArcGIS, Erdas, Mapinfo dan SPSS. (Keutamaan akan diberikan pada calon yang

          menggunakan aplikasi ArcGIS  dalam kajian epidemiologi/kesihatan awam ketika kertas kerja tahun akhir)

3.       Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

4.       Berkebolehan memberikan/ mengemukakan pendapat dengan baik dan secara profesional serta memberi khidmat nasihat dalam bidang

          berkaitan.

5.       Berkebolehan dalam menulis laporan dan kertas kerja.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Sila layari www.mycohort.gov.my ATAU datang sendiri ke pejabat kami untuk mendapatkan BORANG PERMOHONAN dan sebarang maklumat lanjut.

Permohonan dianggap LENGKAP apabila borang lengkap diisi dan dihantar bersama salinan sijil-sijil akademik atau lain-lain dokumen berkaitan yang telah disahkan (termasuk 1 keping gambar berukuran pasport, 1 salinan Kad Pengenalan, 1 salinan Sijil Kelahiran) ke e-mel @ secara pos seperti alamat berikut :

the_malaysian_cohort@yahoo.com.my        ATAU

Sekretariat The Malaysian Cohort

Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI)

Tingkat 7, Blok Klinikal

Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia

Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak

56000 Cheras, Kuala Lumpur

(u.p Bahagian Pentadbiran/ perjawatan)

Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan dipertimbangkan. Calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.

Untuk maklumat lanjut, hubungi kami di talian 03-91710415 atau faks 03-91710397