2013/04/30 – Lawatan ke JPMD (oleh Sekretariat ISO)

Bahagian Pengurusan Kualiti telah mengadakan program lawatan bagi Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2008 di Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik (JPMD), PPUKM pada 30 April 2013.

jpmd

JPMD dipilih susulan daripada saranan dari pihak pengurusan kualiti UMBI untuk melihat keupayaan JPMD dari segi pengurusan kualiti makmal yang dilihat boleh membantu pengurusan kualiti The Malaysian Cohort dalam Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang ingin dibangunkan. Selain itu,  lawatan ini juga bertujuan  memberi pendedahan kepada kakitangan The Malaysian Cohort (TMC) terhadap amalan 5S yang dilaksanakan di JPMD serta kepentingannya dalam sesebuah organisasi seperti cohort sebelum melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) secara menyeluruh.

OBJEKTIF

Objektif  program lawatan  adalah

  • Memberi pendedahan kepada organisasi TMC berkaitan amalan dan Sistem Pengurusan Kualiti MS     ISO 9001: 2008 yang akan akan dibangunkan.
  • Memberi pendedahan berkaitan amalan 5S yang dilaksanakan.

HASIL LAWATAN

Terdapat input- input penting yang boleh dikongsi oleh sekretariat kualiti The Malaysian Cohort sepanjang program lawatan ini berlangsung. Diantaranya ;

  • Memberi pendedahan kepada kumpulan kualiti TMC berkaitan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) 9001: 2008 dan 5S yang dilaksanakan oleh JPMD.
  • Dapat menjalin kerjasama perkongsian ilmu dalam aspek teknikal makmal bagi MS ISO 15189: 2007, dimana ujian- ujian bermasalah yang dilakukan di makmal cohort boleh divalidasi di makmal JPMD.
  • Memberi pendedahan berkaitan rekod aduan pelanggan yang dilaksanakan oleh JPMD untuk diguna pakai di Cohort.
  • Memberi pendedahan cara pengurusan dokumen, rekod dan fail- fail bagi tujuan akreditasi makmal 15189 dan pensijilan 9001.