2013/05/22 – Permulaan Fasa Susulan

Para peserta Projek Kohort Malaysia, terlebih dahulu kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian menjadi peserta kami.

Untuk makluman tuan/puan, kami telah pun selesai mendapatkan penyertaan 100,000 peserta dari seluruh Malaysia pada September 2012, kini tiba masanya kami ingin menyusul tahap kesihatan para peserta. Pihak kami akan mengunjungi tuan/puan di lokasi  berhampiran tuan/puan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Tetapi kali ini kami membawa saringan atau ujian tambahan dan semuanya akan dilaksanakan secara PERCUMA. Justeru kami akan menghubungi tuan/puan bagi menetapkan tarikh dan lokasi.

Tuan/puan juga boleh menghubungi kami jika tidak mendapat panggilan temujanji dari pihak kami.
Saya selaku ketua Projek ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian pihak tuan/puan dalam menjayakan projek ini. Sekian.
Prof. Datuk Dr. A Rahman A Jamal
Ketua Projek
alt