Penerbit UKM

 Inspirasi Ilmu Tersohor

Etnomatematik: Matematik dalam Kehidupan Masyarakat

Buku ini adalah hasil kompilasi makalah terpilih daripada kajian penulis dalam bidang etnomatematik di Malaysia. Tujuan utama penerbitan buku ini adalah untuk dijadikan sebagai bahan rujukan dan dokumentasi yang boleh dikongsi bersama dengan pelbagai lapisan masyarakat yang berminat dan ingin mendalami bidang etnomatematik, khususnya pelajar, pensyaran dan penyelidik. Buku ini turut dihasilkan bagi memperkayakan lagi bahan bacaan berkaitan matematik dan sosiobudaya setempat kerana sememangnya terdapat kekurangan maklumat tentang bidang ini dalam masyarakat. Adalah diharapkan panghasilan buku ini dapat mempertingkatkan kesedaran pihak yang berwajib serta masyarakat umum bahawa mamematik lahir dari budaya itu sendiri dan boleh digunakan untuk memajukan masyarakat tersebut