Penerbit UKM

 Inspirasi Ilmu Tersohor

Permata Berharga untuk Para Pengunjung Al-Madinah Al-Munawwarah

Permata Berharga untuk Para Pengunjung al-Madinah al-Munawwarah Kod: FGRS/1/2016/WAB04/UKM/02/2, Pusat Penyelidikan Manuskrip Alam Melayu (PPMAM), Isntitut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia adalah usaha untuk menterjemah dan tahqiq dalam penggalian dan penyebaran ilmu khazanah manuskrip Alam Melayu. Pengarang manuskrip ini memiliki pengaruh yang sangat luas dari segi hubungan pertalian sanad institusi, pengajian ilmu, amalan dan tarakat rohani dengan kebanyakan ulama di seluruh Alam Melayu yang bermula dari abad ke 17 Masihi sehingga ke dewasa ini. Sungguhpun demikian karya-karya Syaykh Ahmad al-Qushashi yang melebihi 70 naskhah yang masih disimpan dalam bentuk manuskrip dan tidak dikaji oleh mana-mana isntitut pengajian tinggi. Maka usaha pencarian dan pengkajian terhadap karya-karya Shaykh Ahmad al-Qushashi adalah bertujuan merapat semula jaringan hubungan keilmuah para ulama Melayu dengan dunia luar. Permata Berharga untuk Para Pengunjung al-Madinah Al-Munawwarah adalah penterjemahan dah tahqiq daripada karya   Shyakh Ahmad al-Qushashi yang berjudul Al-Durrah al-Thaminah Fima Li Zairi al-Nabiy Ila al-Madinah al-Munawwarah, Manuskrip kod 940, Tarikh Taymur sebanyak 157 halaman koleksi peribadi Prof Madya Dr. Mohd Syukri Yeoh Abdullah yang diambil daripada Dar al-Kutub al-Qaherah, Mesir. Semoga usaha kajian ini diharap dapat memberi manfaat dan memperluas cakerawala ilmu, dan amalan masyarakat Alam Melayu, terutama sekali panduan kepada mereka yang ingin menunaikan fardhu Haji dan menziarahi Baginda Rasulullah SAW.