Pendidikan Peradaban dan Dunia Islam

Pendidikan, Peradaban & Dunia Islam

 

  1. Kumpulan Ilmu Wahyu dan Turath

Objektif: Menghasilkan penyelidikan bermutu dan berimpak tinggi dalam bidang ilmu wahyu dan turath Islam sebagai asas memperkukuh jati diri ummah.  Antara projek kumpulan ini ialah Kajian Impak Penerimaan Dan Pematuhan Masyarakat Terhadap Keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia.  Dalam Kajian ini, pihak penyelidik akan mengukur sejauh mana masyarakat menerima pakai keputusan/pandangan hukum yang telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa dan mengenal pasti faktor-faktor kepatuhan dan ketidakpatuhan masyarakat terhadap fatwa yang telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa.

 

  1. Kumpulan Pembangunan Sahsiah dan Jati Diri

Objektif: Meningkatkan hasil kajian sahsiah dan jati diri dalam usaha menyumbang kearah pembinaan peradaban manusia.  Salah satu kajian ialah keberkesanan program ‘Katakan Tidak pada vandalism” dalam kalangan remaja di Projek Perumahan Rakyat Kg Baru, Air Panas, Setapak. Dalam kajian ini, faktor-faktor risiko vandalism dikenalpasti dan faktor-faktor lain yang mempengaruhi vandalism seperti personaliti, aset kejiranan, kualiti persahabatan dan emosi positif turut dikaji bersama. Modul pencegahan vandalism akan dibentuk hasil dari penyelidikan ini.

 

  1. Kumpulan Dakwah, Kerohanian dan Pembangunan Insan

Objektif: Mengukuhkan pengurusan penyelidikan dan penerbitan berimpak tinggi dalam bidang Dakwah, Kerohanian dan Pembangunan Islam untuk memperkasa pendidikan dan peradaban. Kajian kumpulan ini meliputi pelbagai isu masyarakat seperti  remaja hamil luar nikah, filem dakwah, keganasan terhadap wanita, e masjid, golongan mualaf, gelandangan dan orang asli. Aktiviti khidmat masyarakat kepada orang Asli dilakukan bertujuan mengenali budaya dan kehidupan mereka.

 

  1. Kumpulan Islam dan Masyarakat Semasa

Objektif: Memperkasakan penyelidikan Islam dan masyarakat semasa sebagai pemacu transformasi Negara. Salah Satu Kajian Kumpulan Ini Ialah Pembinaan Modul Pemurnian Aqidah & Istitabah: Ke Arah Pencegahan Gejala Murtad bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.

Kepentingan kajian ini adalah untuk memberi dan menyalurkan maklumatmaklumat dari data-data yang disahkan dan berguna kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang dalam usaha menangani kes-kes murtad di negeri  tersebut.

 

  1. Kumpulan Kajian Rantau Asia Barat

Objektif: Memperkukuhkan kajian Asia Barat bagi membentuk polisi dan strategi dalam memperkasa hubungan Asia Barat dan dunia Islam.

Salah satu daripada projek kumpulan ini ialah Seminar Palestin : Keinsanan, kedaulatan dan Kedaulatan

1 2 3 4 5 contoh gambar dan penulisan BM_1