Ucapan Tahniah – Memenangi 7 Kategori Anugerah e-Pembelajaran Pengajian Tinggi

Ucapan Tahniah – Memenangi 7 Kategori Anugerah e-Pembelajaran Pengajian Tinggi

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas.
Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak Ketua Nic ingin merakamkan ucapan tahniah kepada YBhg. Prof. Dr. Mohamed Amin Embi kerana telah berjaya mendapat Anugerah e-Pembelajaran Pengajian Tinggi Kategori Tokoh/Penggerak e-Pembelajaran Pengajian Tinggi, Anugerah Bahan e-Pembelajaran Kreatif & Interaktif (Aplikasi Mudah Alih) dan Anugerah Fasilitator e-Pembelajaran Terbaik. Prof. Madya Dr. Melor Md Yunus atas penerimaan Anugerah e-Pembelajaran Kaedah Kreatif Blended Learning, Flipped Learning, Problem Based Learning (PBL).
 
Dr. Ahmad Zamri Mansor dari Jabatan Kepimpinan dan Polisi Pendidikan atas penerimaan anugerah e-Pembelajaran Kreatif & Interaktif (Umum) serta kepada Prof. Madya Dr. Rosseni Din dari Jabatan Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti atas penerimaan Anugerah Blog/Wiki e-Pembelajaran Terbaik. Tahniah kerana telah berjaya memperoleh 7 anugerah daripada 11 kategori sempena Karnival e-Pembelajaran Universiti Peringkat Kebangsaan (NUCEL 2014) yang telah diadakan pada 14 -15 November 2014 bertempat di Pusat Konvensyen SACC Shah Alam.
Tahniah dan syabas atas kejayaan tersebut.
Sekian, terima kasih.
Foto-foto Sekitar NUCEL 2014
10804521_10205213254235689_1335180659_o IMG-20141115-WA0042-SMILE IMG-20141115-WA0050-SMILE IMG-20141115-WA0053 IMG-20141117-WA0023 IMG-20141117-WA0025 IMG-20141117-WA0026 IMG-20141117-WA0027 IMG-20141117-WA0028 IMG-20141117-WA0029 IMG-20141117-WA0030