Pusat GENIUS@Pintar Negara, UKM

 Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan

JAWATAN KOSONG: PENSYARAH

JAWATAN KOSONG (PENSYARAH) BAGI PROGRAM ASASIpintar DI PUSAT PERMATApintar NEGARA, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) Kami memerlukan Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk berkhidmat di Pusat PERMATApintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia bagi jawatan-jawatan seperti berikut:

JAWATAN Pensyarah
BIDANG 1) Fizik 2) Kimia 3) Biologi 4) Kalkulus Vektor 5) Penaakulan Mantik 6) Bahasa Inggeris 7) Ekonomi 8) Undang-undang 9) Psikologi
KELAYAKAN Sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana  dalam bidang seperti yang dinyatakan di atas. Ijazah Sarjana Muda: 3.00 (CGPA) Ijazah Sarjana: 3.60  (CGPA) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

Syarat tambahan: Mempunyai pengetahuan dalam bidang yang ingin diajar, berminat untuk mengajar pelajar-pelajar yang berpotensi tinggi, boleh menerima cabaran dari murid-murid pintar, kreatif, kritis dan komited, bersedia mengadaptasi kurikulum dan sukatan pelajaran bagi menyesuaikan keperluan pembelajaran pelajar pintar cerdas, bersedia untuk menghadiri sesi latihan atau kursus sekiranya ditawarkan dan sihat dari segi emosi dan fizikal.

KEMASUKAN April 2015 (Kemasukan Segera)
CARA MEMOHON Pemohon diminta membuat permohonan dengan mengisi borang PERMOHONAN JAWATAN AKADEMIK (UKM-SPKP-JP-PK01-BO02 Permohonan Jawatan Akademik) dari laman web UKM dan menghantarnya kepada Dr Azizah binti Mohd Zahidi, Ketua Program ASASI, Kolej PERMATApintar Negara. Mohon sertakan CV beserta salinan sijil akademik dan sijil-sijil lain yang berkaitan.  *Sila catatkan ‘PERMOHONAN JAWATAN AKADEMIK PROGRAM ASASI PINTAR’ di sudut kiri atas sampul surat permohonan
TARIKH TUTUP PERMOHONAN 31.03.2015

Untuk maklumat lanjut, hubungi :-

Dr Azizah binti Mohd Zahidi

Ketua Program ASASIpintar

Pusat PERMATApintar Negara

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 Bangi, Selangor

Telefon: 03-89217515/7513