INTERNATIONAL FUTURE SCIENTIST CONFERENCE
International Future Scientist Conference (IFSC) adalah sebuah platform akademik bertaraf antarabangsa yang dianjurkan oleh Pusat PERMATA@Pintar Negara, UKM, bertujuan membina generasi saintis muda yang berwibawa dan berwawasan. IFSC menghimpunkan pelajar-pelajar pintar dan berbakat dari dalam dan luar negara untuk berkongsi hasil penyelidikan, bertukar idea, dan mengasah kemahiran komunikasi saintifik mereka di peringkat global.
Konferens ini memberi peluang kepada peserta untuk membentangkan projek penyelidikan mereka dalam pelbagai bidang termasuk Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik (STEM), Sains Sosial, dan Sains Kemanusiaan. Setiap peserta dibimbing oleh mentor penyelidikan berpengalaman untuk memastikan projek yang dihasilkan mencapai tahap akademik yang tinggi.
Selain sesi pembentangan, iFSC turut menawarkan pelbagai aktiviti lain seperti:
-
Sesi Plenari dan Ceramah Jemputan: Bersama saintis terkemuka dunia yang berkongsi pengalaman, penemuan, dan cabaran dalam bidang penyelidikan.
-
Workshop Kemahiran Penyelidikan dan Inovasi: Bengkel interaktif yang memupuk teknik penyelidikan, pemikiran kritikal, dan kemahiran inovatif dalam kalangan pelajar.
-
Forum Saintis Muda: Sesi panel yang membolehkan peserta membincangkan isu-isu global dari perspektif saintifik dan menawarkan solusi kreatif.
-
Pertukaran Budaya Akademik: Memberi peluang kepada peserta antarabangsa untuk mengenali budaya Malaysia dan membina jaringan persahabatan antarabangsa.
Melalui penyertaan dalam iFSC, pelajar bukan sahaja memperkasa kemahiran akademik dan penyelidikan mereka, malah membangunkan keyakinan diri, kebolehan berkomunikasi, serta semangat kepimpinan yang penting untuk menjadi penyelidik masa depan bertaraf dunia.
Pusat PERMATA@Pintar Negara berbangga menjadi pemangkin kepada usaha melahirkan saintis muda yang bersedia menghadapi cabaran global serta mampu memberikan sumbangan besar kepada masyarakat dan dunia.