Soalan-Soalan Lazim

1. Apakah syarat-syarat untuk belajar di Kolej PERMATApintar Negara, UKM?

Seseorang murid yang ingin belajar di Kolej PERMATApintar Negara, UKM perlu lulus Ujian UKM1, UKM2, menyertai dan berjaya menamatkan program Perkhemahan Cuto Sekolah, serta lulus  ujian UKM3.

2. Di mana boleh saya dapatkan borang permohonan untuk memasuki Kolej PERMATApintar Negara, UKM?

Tiada borang permohonan. Hanya murid yang telah memenuhi syarat-syarat yang diterangkan pada jawapan soalan (1) di atas layak untuk dipilih belajar di Kolej PERMATApintar Negara.

3. Anak saya tidak sempat mengambil Ujian UKM1 pada bulan April lepas. Bolehkah dia mengambil ujian itu tahun depan?

Ya, boleh. Ujian ini dilaksanakan mulai 1 Februari hingga 31 Mei setiap tahun. Sila ke  http://ukm1.permatapintar.edu.my untuk maklumat lanjut.

4. Adakah seseorang pelajar perlu mencapai had umur tertentu untuk mengambil ujian UKM1?

Mana-mana murid sekolah yang mempunyai kerakyatan Malaysia, dan berumur antara 8 hingga 15 tahun adalah layak untuk mengambil ujian UKM1.

5. Adakah PERMATApintar menerima lawatan?

PERMATApintar sedia menerima lawatan dari pelbagai pihak, termasuk sekolah. Walaubagaimana pun untuk mengelakkan gangguan kepada sesi pembelajaran dan aktiviti-aktiviti di PERMATApintar pihak kami mohon supaya permohonan lawatan dibuat sekurang-kurangnya TIGA BULAN sebelum tarikh lawatan. Sekiranya terdapat terlalu banyak lawatan pada satu-satu masa, pihak kami mungkin terpaksa menangguhkan lawatan pihak tertentu ke satu tarikh yang lain. Permohonan untuk lawatan perlu diajukan kepada;

Pengarah,
Pusat PERMATApintar Negara,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi,
Selangor.

5. Bilakah Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS) PERMATApintar UKM-JHU dijalankan ?

PPCS Mei-Jun 2013: 26 Mei – 7 Jun 2013 (2 Minggu)

PPCS Nov-Dis 2013: 24 Nov – 13 Dis 2013 (3 Minggu)

Tempat: Pusat PERMATApintar Negara

6. Bilakah tarikh ujian UKM2 diumumkan dan tarikh ujian bermula?

Pengumuman: Minggu tarikh bulan Jun 2013 (boleh semak di laman web ini). Surat juga akan dihantar kepada Jabatan Pelajaran Negeri untuk dimaklumkan kepada sekolah. Sila kemaskini maklumat jika berlaku sebarang perubahan di http://ukm1.permatapintar.edu.my/

Ujian dijalankan: 1 Julai – 30 Sept 2013 (di pusat-pusat ujian secara terkawal seluruh negara)

7. Bilakah tarikh pengumuman sama ada berjaya atau tidak untuk menyertai PPCS 2013 akan diumumkan?

Pada minggu kedua bulan Oktober 2013. Diumumkan melalui laman web dan surat tawaran akan diposkan ke alamat yang pelajar telah daftarkan semasa ujian UKM1. Sila kemaskini maklumat, sekiranya berubah, melalui;

 http://ukm1.permatapintar.edu.my/