Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim

 UKM

Maklumat Tun Fatimah Hashim

Pix 3m_Tun Award

 

Tun Fatimah Hashim ialah Menteri Kebajikan Am Malaysia pada 20 Mei 1969 hingga 28 Februari 1973. Beliau merupakan wanita pertama di Malaysia yang dilantik sebagai Menteri Kabinet Malaysia.

PENDIDIKAN

  • Sekolah Melayu Lelaki Parit Keroma, Muar
  • Sekolah Melayu Perempuan Mersing
  • Mempelajari bahasa Inggeris dari seorang guru Sekolah Convent Johor Bahru.

KERJAYA POLITIK

  • 1947 – menyertai UMNO ketika berusia 21 tahun. Beliau menganggotai Pergerakan Kaum Ibu (UMNO) Cawangan Kampung Nong Chik, Johor Bahru sebagai Bendahari. Setiausaha Kaum Ibu Cawangan Johor Bahru.
  • 1956 – Menjadi Ketua Pergerakan Kaum Ibu Negeri Perak dan  Ketua Bahagian Ipoh.
  • 11 September 1956 hingga 1972 – Menjadi Ketua Pergerakan Kaum Ibu Malaya menggantikan tempat Khadijah Sidek. Menyandang jawatan Naib Yang Dipertua UMNO Malaysia dan mendapat kerusi dalam Jawatankuasa Majlis Kerja Tertinggi UMNO.
  • 1959 – Menjadi calon pilihan raya bagi kawasan Jitra-Padang Terap dan telah memenangi kerusi Parlimen bagi kawasan tersebut sebanyak tiga kali berturut-turut.
  • 20 Mei 1969 – Menjadi Menteri Kebajikan Am selama empat tahun. Selaku Menteri Kebajikan
  • Jun 1969 – Memberi bantuan kepada keluarga India di Kampung Chubadak dan Kampung Chempedak di Sentul yang menjadi mangsa semasa Peristiwa 13 Mei. Sebanyak 1000 orang dilaporkan menerima bantuan seperti makanan, pakaian dan pelbagai peralatan lain.
  • Jun 1972 – Beliau telah ditewaskan sebagai Ketua Wanita UMNO oleh Senator Aishah Ghani dalam Perhimpunan Agung UMNO.
  • 7 Julai 1972 – Mengumumkan perletakkan jawatan sebagai menteri tetapi akan kekal sebagai ahli parlimen bagi kawasan Jitra/Padang Terap. Perkara ini telah dimaklumkan kepada Tun Abdul Razak selepas pembentangan bajet.

 

page_62       page_63       page_64        page_65

 

Selaku pemimpin wanita Melayu pertama menjadi Menteri, Fatimah sering kali diundang memberi ucapan dan ceramah dalam seminar-seminar, forum dan persidangan-persidangan yang dianjurkan oleh pelbagai pertubuhan samaada di dalam mahupun di luar negara. Antara mesyuarat dan persidangan yang pernah dihadirinya ialah Perjumpaan Wanita Antarabangsa di Tehran pada tahun 1965.

 

KEGIATAN SOSIAL

Selain daripada bidang politik, Tun Fatimah juga aktif dalam pergerakan sosial terutamnya dalam pertubuhan wanita. Pada tahun 1962, sebagai Ketua Pergerakan Kaum Ibu UMNO beliau telah memulakan perayaan Hari Wanita pada 25 Ogos iaitu perayaan yang masih disambut pada hari ini. Selepas pelancaran Hari Wanita, Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita (National Council of Women’s Organisations, NCWO) ditubuhkan. NCWO merupakan sebuah badan gabungan pertubuhan-pertubuhan wanita yang bertujuan untuk menangani persoalan-persoalan wanita semasa. Sebagai Presiden NCWO, Tun Fatimah telah mengikuti beberapa persidangan wanita antarabangsa. Tun Fatimah dipilih sebagai Timbalan yang Dipertua bagi penggal pertama (1962-1965), dan menerajui NCWO selama 24 tahun sehingga bersara daripada jawatan pada tahun 1989.

Tun Fatimah juga pernah menjadi:

  • Ahli Jawatankuasa Lembaga Loteri Kebajikan Masyarakat
  • Ahli Majlis Universiti Malaya
  • Ahli Jawatankuasa Hospital Assunta
  • Ahli Jawatakuasa Sekolah Latihan Wanita Ipoh
  • Ahli Jawatankuasa Perikatan Peringkat Malaya
  • Ahli Jawatankuasa Majlis Pepaduan Kebangsaan Malaysia
  • Naib Presiden Persatuan Bulan Sabit Merah.
  • Pro-Canselor Universiti Teknologi Malaysia (1995)

  ANUGERAH

  • 2009: Anugerah Merdeka – beliau seorang daripada empat rakyat Malaysia yang terkemuka dan cemerlang untuk menerima Anugerah Merdeka bagi kategori Pendidikan dan Komuniti
  • 2003: Seri Setia Mahkota (S.S.M) oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Petuan Agong yang membawa gelaran ‘Tun’.
  • 2000: Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan oleh Universiti Teknologi Malaysia
  • 1975: Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang oleh Universiti Malaya
  • 31 Ogos 1958: Menerima pingat Panglima Mangku Negara (P.M.N) oleh Yang di-Pertuan Agong yang membawa gelaran ‘Tan Sri’.

 

MerdekaAward_doc