Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim

 UKM

Jaringan PKWTFH

 

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

MALAYSIA

 

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Universiti Kebangsaan Malaysia (Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim) menandatangani perjanjian Memorandum Perjanjian (MoA) mengenai penubuhan Kursi Kepimpinan Wanita di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 2012 hingga 2018 dan mengaktifkan semula perjanjian bermula 2023 hingga 2028.

 


MAJLIS KEBANGSAAN PERTUBUHAN-PERTUBUHAN WANITA (NCWO)

MALAYSIA

 

Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim) menandatangani perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan bidang penyelidikan kepimpinan wanita pada 2020 hingga 2025 dalam usaha merencana solusi terbaik dalam meningkatkan penglibatan wanita dalam menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.

 


 

 

FEMALE ENTREPRENEURS WORLDWIDE (FEW)

HONG KONG

 

Female Entrepreneurs Worldwide (FEW) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim) menandatangani perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) dalam bidang kepimpinan keusahawanan wanita pada 2021 hingga 2026 bagi melatih pelajar, pensyarah, peserta dari NGO, dan wanita dari kumpulan B40 untuk mengembangkan kemahiran keusahawanan.

 


 

 

WOMEN LEADERSHIP FOUNDATION (WLF)

MALAYSIA

 

Women Leadership Foundation (WLF) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim) menandatangani perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) pada 2021 hingga 2026 bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan serta jaringan perkongsian pengetahuan khususnya dalam skop pemerkasaan wanita.