Kunjung Hormat SME Corporation Malaysia

Pada 7 Mac 2018, Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim telah membuat kunjungan hormat ke SME Corporation Malaysia dan disambut oleh Ketua Pengarah Eksekutif SME Corp., Y.Bhg. Datuk (Dr.) Hafsah Hashim. Kunjung hormat ini dijalankan adalah untuk menjalinkan dan mengukuhkan hubungan antara PKWTFH dan SME Corp. Kunjung hormat ini juga bertujuan untuk menjemput Y.Bhg. Datuk sebagai felo pelawat di PKWTFH.