Pengenalan
Program Sains Aktuari dimulakan pada tahun 1988 di bawah Jabatan Statistik, Pusat Pengajian Kuantitatif. Kini program ini merupakan antara program yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian Sains Matematik, Fakulti Sains dan Teknologi.
Pelajar yang mengambil sains aktuari sebagai bidang pengkhususan akan didedahkan dengan pengetahuan ilmu sains aktuari yang mantap, menyeluruh dan terkini. Program menawarkan pelbagai kursus matematik, statistik, penghitungan dan asas-asas sains yang lain. Di samping itu, program ini menawarkan silabus asas untuk pelajar menduduki peperiksaan ikhtisas yang diiktiraf oleh badan ikhtisas luar negara seperti Society of Actuaries (USA), Casualty of Actuarial Society (USA) dan Institute of Actuaries (UK). Program ini menyediakan siswazah kerjaya dalam bidang aktuari, insurans, kewangan, pengurusan, perbankan dan bidang kuantitatif lain.
Beberapa kursus yang ditawarkan oleh Program Sains Aktuari Universiti Kebangsaan Malaysia seperti STQS2234 Pemodelan Statistik, STQP1513 Asas Ekonomi I dan STQP1523 Asas Ekonomi II telah mendapat kelulusan kredit Validation by Educational Experience (VEE) daripada Society of Actuaries (USA), Casualty Actuarial Society (USA) dan Canadian Institute of Actuaries (Canada).
Objektif Pendidikan Program (OPP)
Objektif Program Sains Aktuari adalah untuk melahirkan graduan yang mahir dengan pengetahuan sains aktuari yang mantap dan terkini, mempuyai aspirasi kebangsaan, berkompeten, berdaya saing, berinovatif serta berupaya memartabatkan Bahasa Melayu dan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan baik dalam menyumbang kepada pelbagai displin untuk memacu pembangunan negara dan sejagat.
OPP1 Melahirkan pelajar yang berketrampilan dan bersahsiah tinggi, beretika dan mempunyai daya saing;
OPP2 Melengkapkan pelajar dengan keupayan menterjemah dan mensintesis pemahaman mereka terhadap alam, manusia dan pembangunan;
OPP3 Melengkapkan pelajar dengan kesedaran terhadap alam sekitar dan mendokong pembangunan mapan;
OPP4 Melengkapkan pelajar dengan kebolehan menggunakan kaedah penyelesaian sains aktuari seperti analisis, pemodelan, pengurusan dan pengetahuan kewangan dalam menangani isu-isu insurans, pencen, kewangan dan pelaburan;
OPP5 Melengkapkan pelajar dengan pendekatan saintifik dalam menjana dan berkongsi pengetahuan yang bersifat inter- dan intra-disiplin; dan
OPP6 Melengkapkan pelajar dengan daya kreativiti dan inovasi yang tinggi dan mampu menyumbang idea kepada proses penggubalan dasar, pembuatan keputusan dan pelaksanaan pembangunan.
Hasil Pembelajaran Program
HPP1 Berkeupayaan memahami dan mengaplikasi pengetahuan asas sains aktuari dalam pelbagai aspek kehidupan.
HPP2 Berkemahiran teknikal dan praktikal untuk mengenal pasti, menganalisis dan mentafsir penyelesaian masalah dalam sains aktuari.
HPP3 Berkebolehan untuk memahami dan menilai kesan penyelesaian masaalah terhadap masyarakat dan alam sekitar.
HPP4 Mempunyai nilai-nilai moral, beretika dan profesionalisme.
HPP5 Berkebolehan untuk berkomunikasi secara berkesan, berkeupayaan memimpin dan bekerja secara berpasukan.
HPP6 Berkeupayaan berfikir secara kritikal dan mengaplikasi pendekatan saintifik dalam penyelesaian masaalah.
HPP7 Berkebolehan mengumpul dan menguruskan maklumat serta melibatkan diri dalam pembelajaran kendiri dan sepanjang hayat.
HPP8 Memiliki kemahiran pengurusan dan keusahawanan.
Struktur Program Sains Aktuari
LIPUTAN KURSUS
Pusat Pengajian
STQP1013 Pengaturcaraan Komputer
STQP1513 Asas Ekonomi I
STQP1523 Asas Ekonomi II
STQP2034 Kaedah Berangka
STQP2043 Penyelidikan Operasi
STQP2523 Pengenalan Insurans dan Takaful
STQP2533 Asas Perakaunan dan Kewangan
STQP3063 Sejarah dan Falsafah Sains Matematik
Kursus Wajib Program Statistik
STQS1114 Statistik I
STQS1124 Statistik II
STQS2234 Pemodelan Statistik
Kursus Wajib Program Matematik
STQM1114 Kalkulus I
STQM1124 Kalkulus II
STQM1223 Aljabar Linear
Program Sains Aktuari
STQA2133 Matematik Kewangan
STQA2143 Matematik Aktuari I
STQA2543 Analisis Pelaburan dan Pengurusan Portfolio I
STQA3153 Matematik Aktuari II
STQA3163 Teori Risiko
STQA3233 Isu-isu Sains Aktuari
STQA3253 Model Kemandirian
STQA3263 Perancangan dan Pengawalan Aktuari
STQA3553 Analisis Pelaburan dan Pengurusan Portfolio II
STQA3994 Projek Penyelidikan Tahun Akhir
STQA3886 Latihan Industri
Kursus Citra ditawar oleh Pusat Pengajian Sains Matematik
STQP1013 Pengaturcaraan Komputer(D3)
STQP1033 Landasan Matematik (D3)
STQM1713 Matematik dalam Biologi dan Teknologi Maklumat(D3)
STQM1823 Biomatematik Permulaan(D3)
STQM1913 Teknik Matematik I(D3)
STQS1913 Statistik Gunaan(D3)
STQP2413* Pengurusan Data & Pengkomputeran(D4)
STQP2513 Pengenalan Pengurusan Perniagaan(D4)
STQA2133+ Matematik Kewangan(D3)
STQP3063 Sejarah dan Falsafah Sains Matematik(D1)
STQS3463 Pemikiran Statistik dan Perundingan(D1)
STQA3233 Isu-isu Sains Aktuari (D1)
* WP untuk pelajar Matematik dan Statistik
+ WM untuk pelajar Sains Aktuari
- Pelajar-pelajar juga boleh memilih mana-mana kursus citra ditawar oleh Pusat Pengajian atau Fakulti lain yang bersesuaian.
- Pelajar-pelajar dinasihatkan berbincang dengan Ketua Program masing-masing untuk mendapat nasihat dalam membuat pilihan kursus Citra.