Pengenalan
Pelajar yang mengambil Statistik sebagai bidang pengkhususan akan didedahkan dengan ilmu teori dan juga gunaan. Pelajar akan mempelajari pelbagai teknik penyelesaian masalah dan analisis data. Pelajar juga akan diajar untuk mentakrif masalah, memahami permasalahan yang dinyatakan, mengenal pasti kaedah pengutipan data menjalankan analisis dan memberi tafsiran terhadap analisis data. Dengan itu, ini akan mencorakkan kreativiti para pelajar dalam menangani teknik penyelesaian masalah, pengutipan data dan tafsiran terhadap keputusan yang diperoleh.
Objektif Pendidilkan Program (OPP)
Untuk melahirkan siswazah yang mahir dan mempunyai pengetahuan ilmu statistik yang mantap, menyeluruh dan terkini, kompeten dalam kemahiran insaniah, kesedaran terhadap persekitaran serta boleh menyumbang kepada pelbagai disiplin dalam memacu pembangunan negara dan sejagat.
Program SarjanaMuda Sains (Statistik) UKM berhasrat melahirkan siswazah yang:
OPP1 Berketerampilan dan bersahsiah tinggi, beretika dan mempunyai daya saing;
OPP2 Berupaya menterjemah dan mensintesis pemahaman mereka terhadap alam, manusia dan pembangunan;
OPP3 Mempunyai kesedaran terhadap alam sekitar, mendokong pembangunan mapan;
OPP4 Berkebolehan menggunakan kaedah penyelesaian berstatistik dan saintifik seperti analisis, pemodelan, pengaturcaraan dan perisian statistik dalam menangani isu-isu pembangunan dan perubahan semasa;
OPP5 Mengamalkan pendekatan saintifik dalam menjanakan dan berkongsi pengetahuan yang bersifat inter- dan intra-disiplin; dan
OPP6 Mempunyai daya kreativiti dan inovasi yang tinggi dan mampu menyumbang idea kepada proses penggubalan dasar, pembuatan keputusan dan pelaksanaan pembangunan.
Hasil Pembelajaran Program (HPP)
HPP1 Berupaya memperoleh dan menggunakan pengetahuan asas statistik.
HPP2 Berkeupayaan untuk mendapatkan maklumat, memilih dan menggunakan kaedah statistik, pengaturcaraan dan perisian yang sesuai bagi menyelesai permasalahan.
HPP3 Berkebolehan memahami dan menilai dampak konsep/kaedah statistik dalam penyelesaian pelbagai masalah kehidupan.
HPP4 Mengamalkan prinsip-prinsip beretika, profesionalisme dan nilai-nilai mulia dalam kehidupan dan kerjaya berlandaskan kepada prinsip kepercayaan kepada Tuhan.
HPP5 Berkomunikasi dengan berkesan dalam menyampaikan maklumat, idea, masalah dan penyelesaian kepada pakar dan bukan pakar.
HPP6 Berkebolehan untuk mengenal pasti, merumus dan menganalisis masalah yang memerlukan penggunaan kaedah statistik.
HPP7 Berkebolehan mengumpul dan mengurus matklumat serta mengiktiraf keperluan pembelajaran berterusan dan mengamalkannya sepanjang hayat.
HPP8 Memiliki kemahiran pengurusan dan keusahawanan.
Struktur Program Statistik
LIPUTAN KURSUS
Pusat Pengajian
STQP1013 Pengaturcaraan Komputer
STQP1513 Asas Ekonomi I
STQP1523 Asas Ekonomi II
STQP2034 Kaedah Berangka
STQP2043 Penyelidikan Operasi
STQP2513 Pengenalan Pengurusan Perniagaan
STQP2523 Pengenalan Insurans dan Takaful
STQP2533 Asas Perakaunan dan Kewangan
STQP3063 Sejarah dan Falsafah Sains Matematik
Program Statistik
STQS1114 Statistik I
STQS1124 Statistik II
STQS2133 Pentaabiran Statistik
STQS2234 Pemodelan Statistik
STQS2243 Tinjauan dan Pensampelan
STQS2443 Statistik Industri
STQS3163 Proses Stokastik
STQS3253 Kaedah Multivariat
STQS3353 Reka Bentuk Uji Kaji dan Analisis
STQS3453 Statistik Perubatan dan Sosial
STQS3463 Pemikiran Statistik dan Perundingan
STQS3994 Projek Penyelidikan Tahun Akhir
STQS3886 Latihan Industri
Kursus Wajib Program Matematik
STQM1114 Kalkulus I
STQM1124 Kalkulus II
STQM1223 Aljabar Linear
Kursus untuk Pelajar Luar Pusat Pengajian dalam FST
STQS1913 Statistik Gunaan
Kursus Citra ditawar oleh Pusat Pengajian Sains Matematik
STQP1013 Pengaturcaraan Komputer(D3)
STQP1033 Landasan Matematik (D3)
STQM1713 Matematik dalam Biologi dan Teknologi Maklumat(D3)
STQM1823 Biomatematik Permulaan(D3)
STQM1913 Teknik Matematik I(D3)
STQS1913 Statistik Gunaan(D3)
STQP2413* Pengurusan Data & Pengkomputeran(D4)
STQP2513 Pengenalan Pengurusan Perniagaan(D4)
STQA2133+ Matematik Kewangan(D3)
STQP3063 Sejarah dan Falsafah Sains Matematik(D1)
STQS3463 Pemikiran Statistik dan Perundingan(D1)
STQA3233 Isu-isu Sains Aktuari (D1)
* WP untuk pelajar Matematik dan Statistik
+ WM untuk pelajar Sains Aktuari
- Pelajar-pelajar juga boleh memilih mana-mana kursus citra ditawar oleh Pusat Pengajian atau Fakulti lain yang bersesuaian.
- Pelajar-pelajar dinasihatkan berbincang dengan Ketua Program masing-masing untuk mendapat nasihat dalam membuat pilihan kursus Citra.