Sarjana Sains (Sains Data dan Analitik)

PENGENALAN

Sains data adalah satu bidang pengajian multidisiplin yang melibatkan kaedah saintifik, proses dan sistem dalam mengekstrak maklumat tersurat dan tersirat dalam pelbagai struktur data. Ia menggabungkan pengetahuan matematik dan statistik, pengaturcaraan dan analitik data. Program Sarjana Sains (Sains Data Analitik) menawarkan pelbagai kursus dalam bidang ini dengan penekanan kepada analitik data.Tiga modul pembelajaran ditawarkan: Pengkomputeran Data, Analitik Data serta Kewangan & Analitik Perniagaan. Matlamat program Sains Data dan Analitik adalah untuk melahirkan siswazah berilmu, beretika, berdaya saing, terkehadapan dan memberi sumbangan kepada bangsa dan negara.

 

 

SYARAT KEMASUKAN   

Calon yang ingin memohon mestilah mempunyai kelayakan seperti berikut:

a) Ijazah Sarjana Muda Sains dengan PNGK yang baik (3.0 ke atas) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia atau mana-mana universiti lain yang diiktiraf oleh Senat; atau

b) Ijazah Sarjana Muda Sains dengan PNGK minimum 2.75 daripada Universiti Kebangsaan Malaysia atau mana-mana universiti lain yang diiktiraf oleh Senat serta pengalaman kerja yang bersesuaian; atau

c) Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK yang baik (3.0 ke atas) dalam bidang Sains Sosial daripada Universiti Kebangsaan Malaysia atau mana-mana universiti lain yang diiktiraf oleh Senat, dan hendaklah lulus dengan baik dalam mata pelajaran Matematik dan/atau Statistik, atau memperoleh Kepujian dalam mata pelajaran Matematik atau lulus mata pelajaran Matematik Tambahan di peringkat SPM.

Bagi calon yang telah memperolehi ijazah seperti mana yang tersebut di atas melebihi tempoh SEPULUH (10) tahun, calon berkenaan dikehendaki menduduki kelas persediaan bagi tiga kursus (Statistik Bermatematik, Analisis Data dan Pemodelan, dan Kalkulus dan Matriks Aljabar untuk Statistik) sebelum memulakan kursus di peringkat sarjana.

 

OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM (OPP)

 

OPP1: Melahirkan pelajar yang beraspirasi kebangsaan yang mampu menguasai dan menerapkan ilmu matematik, statistik dan pengkomputeran untuk keperluan pihak yang berkepentingan dan masyarakat;

OPP2: Melengkapkan pelajar dengan keupayaan menggunakan kaedah penyelesaian sains data dalam menterjemah dan mensintesis pemahaman terhadap isu-isu alam, manusia, perubahan semasa dan pembangunan;

OPP3: Melengkapkan pelajar dengan daya kreativiti dan inovasi yang tinggi serta mampu menjana dan menyumbang idea kepada proses penggubalan dasar, pembuatan keputusan dan pelaksanaan pembangunan.

 

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (HPP)

 

HPP1: Berkeupayaan mengaitkan pengetahuan matematik, statistik dan pengkomputeran dalam pelbagai aspek kehidupan.

HPP2: Berkemampuan menganalisis dan mentafsir penyelesaian yang diperoleh menggunakan model dan perisian sesuai dengan persekitaran pemprosesan data untuk penjanaan idea baharu.

HPP3:Berkemahiran berfikir dan berhujah secara matang dengan emosi yang stabil serta bertanggung jawab sosial terhadap masyarakat dan persekitaran.

HPP4: Mempunyai nilai-nilai moral, beretika dan profesionalisme.

HPP5: Berkebolehan untuk berkomunikasi dengan berkesan secara visual dan verbal, serta berkepimpinan dan bekerja secara berpasukan.

HPP6: Berkemahiran menggunakan teknik analisis dan al-Khwarizmi (algoritma) terhadap set data raya untuk menggali maklumat yang tersirat.

HPP7: Berkemahiran menilai masalah, membuat analisis kritikal, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam pelbagai keadaan melalui pendekatan saintifik.

HPP8: Berupaya untuk memahami dampak penyelesaian sains data dalam pelbagai dimensi kehidupan.

 

 

STRUKTUR PROGRAM

Program ini dibahagikan kepada tiga modul seperti berikut:

  • Pengkomputeran Data
  • Analitik Data
  • Kewangan dan Analitik Perniagaan

 Calon dikehendaki mendaftar dan lulus sekurang-kurangnya 36 jam kredit (kursus wajib dan pilihan) di samping menyiapkan projek mercu yang bernilai 9 jam kredit.

 

Modul Pengkomputeran Data

 

Modul Analitik Data

 

Modul Kewangan dan Analitik Perniagaan

 

KURSUS YANG DITAWARKAN

 STQD6114 Analitik Data Tak Berstruktur

STQD6124 Pengvisualan dan Komunikasi Data

STQD6134 Analitik Perniagaan

STQD6324 Pengurusan Data

STQD6334 Pembuatan Keputusan Multi-Kriterium

STQD6524 Kaedah Statistik untuk Pengkomputeran Biologi

STQM6314 Sains Rangkaian

STQS6234 Pentaabiran Bayesan

STQS6284 Analisis Multivariat

STQS6444 Pemodelan Siri Masa & Peramalan

STQA6014 Analisis Pelaburan dan Pengurusan Portfolio

STQA6034 Isu-isu dalam Pengurusan Risiko dan Insurans

EPPK6014 Teori, Proses dan Amalan Keusahawanan (FEP)

TTTP6014 Polisi dan Etika Maklumat (FTSM)

TTTS6024 Pemodelan Maklumat dan Pangkalan Data (FTSM)

ZCMA6072 Etika dan Tadbir Urus Perniagaan (GSB)

ZCMB6112 Sistem Pengurusan Maklumat (GSB)