Pusat Pengajian Sains Matematik
Objektif
- Menghasilkan siswazah Sains Matematik yang
- mempunyai pengetahuan yang kukuh tentang asas teori dan penerapan Sains Matematik dalam pelbagai penyelesaian masalah kehidupan.
- berpandangan luas serta berdaya saing serta mampu mencapai kecemerlangan dalam setiap urusan yang memerlukan pengetahuan Sains Matematik.
- mempunyai penghayatan pemikiran dan pendekatan Sains Matematik dalam memahami pelbagai fenomena alam demi kebahagiaan manusia sejagat.
- Meletakkan disiplin Sains Matematik di martabat yang tinggi serta dihormati di mata masyarakat.
- Memperluas dan menatar penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu Sains dan Teknologi.