Sarjana Sains (Matematik)

PENGENALAN
Program Sarjana Sains (Matematik) ini diolah supaya pelajar dapat membina keupayaan berfikir dengan lebih mantap, menilai secara kritis dan terarah kepada penyelesaian masalah serta membolehkan cara komunikasi yang berkesan. Modul-modul yang ditawarkan adalah modul Matematik Tulen, Matematik Gunaan dan Matematik Pengurusan dan Kewangan yang merupakan hasil yang tersepadu berpandukan pembinaan insan dan kesatuan ilmu yang membina bakal pemimpin ilmu, masyarakat dan industri.

SYARAT KEMASUKAN
Calon yang ingin memohon mestilah mempunyai kelayakan seperti berikut:
a) Ijazah Sarjanamuda dengan PNGK yang baik dalam bidang matematik dengan komponen matematik tulen yang secukupnya daripada Universiti Kebangsaan Malaysia atau mana-mana universiti lain yang diiktiraf oleh Senat; atau
b) Ijazah Sarjanamuda dengan PNGK yang baik dalam bidang matematik dengan komponen matematik gunaan klasik yang secukupnya daripada Universiti Kebangsaan Malaysia atau mana-mana universiti lain yang diiktiraf oleh Senat; atau
c) Ijazah Sarjanamuda dengan PNGK yang baik dalam bidang sains matematik (termasuk sains pengurusan, statistik, ekonomi statistik, sains dan teknologi maklumat) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia atau mana-mana universiti lain yang diiktiraf oleh Senat.

OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM (OPP)
OPP1: Untuk melahirkan pelajar yang berketrampilan dan bersahsiah tinggi, beretika dan mempunyai daya saing.
OPP2: Untuk melengkapkan pelajar dengan keupayaan menterjemah dan mensintesis pemahaman mereka terhadap alam, manusia dan pembangunan.
OPP3: Untuk melengkapkan pelajar dengan kesedaran terhadap alam sekitar dan mendokong pembangunan mapan.
OPP4: Untuk melengkapkan pelajar dengan kebolehan menggunakan kaedah penyelesaian bermatematik seperti analisis, pemodelan, pengaturcaraan dan perisian matematik dalam menangani isu-isu pembangunan dan perubahan semasa.
OPP5: Untuk melengkapkan pelajar dengan pendekatan saintifik dalam menjana dan berkongsi pengetahuan yang bersifat inter- dan intra- disiplin.
OPP6: Untuk melengkapkan pelajar dengan daya kreativiti dan inovasi yang tinggi dan mampu menyumbang idea kepada proses penggubalan dasar, pembuatan keputusan dan pelaksanaan pembangunan.

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (HPP)
HPP1: Berupaya memperoleh dan menggunakan pengetahuan matematik.
HPP2: Berkebolehan merangka reka bentuk kaedah dan model matematik yang bersesuaian dengan masalah.
HPP3: Berkemampuan menganalisis dan mentafsir penyelesaian dan menjana idea baru berasaskan penyelesaian tersebut.
HPP4: Berkebolehan memperoleh, mengguna dan menjana maklumat.
HPP5: Berkekuatan mengendalikan emosi.
HPP6: Menjunjung akhlak mulia dan nilai-nilai estetika terhadap Pencipta, pelanggan dan masyarakat.
HPP7: Berkeupayaan memimpin, bekerja secara berpasukan dan mengutamakan kejayaan bersama.
HPP8: Berupaya berkomunikasi secara lisan dan bertulis dengan berkesan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.
HPP9: Berkebolehan memahami dampak penyelesaian matematik dalam pelbagai dimensi kehidupan.
HPP10: Berkebolehan mengiktiraf keperluan pembelajaran berterusan dan mengamalkannya sepanjang hayat.
HPP11: Memiliki ciri-ciri keusahawanan

STRUKTUR PROGRAM
Calon yang memilih program secara kerja kursus sahaja, dikehendaki mendaftar dan lulus sekurang-kurangnya 32 jam kredit (kursus wajib dan pilihan) di samping menyiapkan projek penyelidikan yang bernilai 8 jam kredit.
Calon yang mengikuti program Sarjana Sains secara tesis dikehendaki mengambil 12 jam kredit kursus dan penulisan tesis sebagai syarat untuk mendapatkan Ijazah Sarjana. Unit yang wajib diambil adalah:-

                                                  STPD6014 Kaedah Penyelidikan

dan 8 jam kredit kursus teras yang dipilih berkaitan dengan penyelidikan tesis dan dipersetujui oleh penyelia.

 

 

Modul Matematik Tulen

sarjana-math-tulen

 

Modul Matematik Gunaan

sarjana-math-gunaan

 

 

Modul Matematik Pengurusan dan Kewangan

sarjana-math-kewangan

 

 

KURSUS YANG DITAWARKAN
STQA6014 Analisis Pelaburan dan Pengurusan Portfolio
STQA6024 Sekuriti Terbitan dan Pengurusan Risiko
STQA6034 Isu-isu Dalam Pengurusan Risiko Dan Insurans
STQM6024 Biomekanik
STQM6034 Analisis Keputusan dan Permainan
STQM6044 Kriptologi
STQM6084 Pengaturcaraan Linear
STQM6064 Pemodelan dan Kaedah Matematik
STQM6074 Analisis Berangka
STQM6114 Topologi
STQM6124 Aljabar
STQM6134 Analisis Fungsian
STQM6214 Matematik Kabur
STQM6224 Analisis Kompleks
STQM6234 Teori Ergodik
STQM6254 Teori Kumpulan Kombinatorik
STQM6274 Teori Sukatan dan Kamiran
STQM6294 Sejarah dan Falsafah Matematik
STQM6324 Kaedah Berangka Pemindahan Haba dan Aliran Bendalir
STQM6414 Sistem Dinamik
STQM6524 Pemodelan Linear Sistem Dinamik Tak Berketentuan
STQM6534 Mekanik Bendalir
STQM6624 Simulasi
STQM6654 Matematik Ekonomi dan Kewangan Dalam Perniagaan
STQM6988 Projek Penyelidikan
STQS6244 Proses Stokastik
STQS6274 Penghitungan Berstatistik
STQS6444 Pemodelan Siri Masa dan Peramalan
STPD6014 Kaedah Penyelidikan