Borang Tabung Kebajikan
BAHAGIAN I
PENDAHULUAN DAN TAFSIRAN
1.0 PENDAHULUAN
Bantuan kebajikan kepada ahli dalam bentuk kewangan mengikut peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan. Ahli yang layak menerima bantuan selepas 6 bulan menjadi ahli.
2.0 TAFSIRAN
- “PSUKM” bermaksud Persatuan Setiausaha Universiti Kebangsaan Malaysia.
- “Bantuan Kebajikan ” bermaksud bantuan am dan bantuan kematian kakitangan atau tanggungan.
- “Ahli” bermaksud kakitangan UKM yang telah mendaftar dan menjadi Ahli dan Ahli Bersekutu PSUKM.
- “Tanggungan” bermaksud, bagi staf lelaki, isteri dan anak-anaknya; dan bagi staf perempuan, suami dan anak-anaknya. Anak-anak yang berkelayakan ialah anak-anak yang ditanggung sepenuhnya oleh staf yang berumur di bawah 18 tahun; atau sekiranya masih bersekolah, di bawah umur 21 tahun. Walau bagaimanapun bagi anak-anak yang daif yang disebabkan kelemahan otak atau jasmani had-had umur ini tidak akan dipakai. Ianya tidak mengambil kira sama ada kedaifan wujud atau berlaku sebelum atau selepas had umur di bawah tanggungan seperti yang ditetapkan. Istilah “anak” akan termasuk juga anak-anak tiri dan anak-anak angkat yang diambil mengikut undang-undang serta berdaftar dengan pentadbiran UKM.
- “Ibu bapa yang sah” bermaksud ibu bapa kandung. Kemudahan ini dihadkan kepada seorang ibu yang sah dan seorang bapa yang sah sahaja pada satu-satu masa.
- “Yuran” bermaksud sejumlah wang yang disumbangkan oleh kakitangan melalui potongan gaji bulanan dan ia tidak boleh dituntut balik.
BAHAGIAN II
MATLAMAT DAN AKTIVITI
3.0 MATLAMAT
Matlamat bantuan adalah untuk membantu kakitangan dan tanggungan daripada aspek kebajikan.
4.0 AKTIVITI
- 4.1 Memproses bantuan kebajikan am (kelahiran, masuk wad sekurang-kurangnya sehari).
- 4.2 Memproses bantuan kematian staf dan tanggungan.
BAHAGIAN III
JENIS-JENIS BANTUAN KEBAJIKAN
5.0 BANTUAN KEMATIAN
| Jenis Bantuan | Jumlah Bantuan |
|---|---|
| Kematian Ahli | RM200.00 |
| Kematian Suami/Isteri | RM100.00 |
| Kematian Ibu/bapa | RM 80.00 |
| Kematian Anak | RM 80.00 |
6.0 BANTUAN AM
| Jenis Bantuan | Jumlah Bantuan |
|---|---|
| Mendapat Anak | RM 80.00 |
| Masuk Wad | RM 50.00 |
PERATURAN BANTUAN KEWANGAN
Perincian bantuan adalah seperti berikut:
1.0 BANTUAN AM
1.1 Mendapat Anak
- 1.1.1 Anak pertama atau mana-mana anak SATU (1) KALI sahaja sepanjang tempoh menjadi ahli.
- 1.1.2 Permohonan untuk anak angkat atau anak tiri tidak akan dipertimbangkan.
1.2 Kemasukan Wad – Ahli PSUKM sahaja
- 1.2.1 Tempoh kemasukan ke wad mestilah sekurang-kurangnya SATU (1) malam. (kecuali bersalin).
- 1.2.2 Hanya sekali bantuan dalam setiap sesi (2 tahun sekali)
- 1.2.3 Permohonan hendaklah dikemukakan dengan bukti masuk wad dan discaj.
2.0 SUMBANGAN KEMATIAN AHLI
- 2.1 Pembayaran bantuan akan dibuat kepada waris terdekat mengikut turutan berikut iaitu suami atau isteri, anak sulung atau anak-anak kandung yang lain, ibu atau bapa, dan anak angkat yang diangkat mengikut undang-undang yang sah.
- 2.2 Bayaran adalah dalam bentuk wang TUNAI beserta dengan borang akuan penerimaan.
- 2.3 Pemakluman kematian adalah daripada ahli-ahli atau e-warga UKM.
3.0 SUMBANGAN KEMATIAN TANGGUNGAN
- 3.1 Kategori sumbangan hanya kepada penama berikut:
3.1.1 Suami/Isteri
3.1.2 Ibu dan Bapa
3.1.3 Anak-anak (Kecuali anak angkat dan anak tiri)
- 3.2 Sumbangan akan diberikan dalam bentuk TUNAI berserta borang Akuan penerimaan.
- 3.3 Pemakluman kematian adalah daripada ahli sendiri, ahli-ahli atau e-warga UKM.
4.0 SAH LAKU TUNTUTAN
Permohonan bagi semua jenis bantuan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh musibah dan berstatus AKTIF dalam perkhidmatan dan juga sebagai Ahli PSUKM.
Ahli yang ingin membuat tuntutan permohonan tabung bantuan boleh mengisi Borang Bantuan Tabung Kebajikan PSUKM.