Latar Belakang

»Sejarah Penubuhan Persatuan Pembantu Tadbir Kesetiausahaan UKM :

Persatuan Pembantu Tadbir Kesetiausahaan UKM atau kini dikenali dengan PSUKM telah ditubuhkan sejak tahun 2001. Ia dimulakan dengan Jawatankuasa Ad-hoc pada bulan April telah bermesyuarat dan menyediakan kertas kerja untuk kelulusan pihak universiti. Akhirnya pada 17 Oktober 2001 PSUKM berjaya ditubuhkan dengan kelulusan MPU bil. 39/2001. Syukur alhamdulillah sehingga kini ianya masih diteruskan dengan dianggotai oleh seramai hampir 200 orang termasuk Ahli Bersekutu. Pengasas PSUKM iaitu Puan Salmah Kasmani dan rakan-rakan yang mula berusaha tanpa mengenal penat lelah sehingga tertubuhnya PSUKM pada tahun 2002. Di awal penubuhannya PSUKM telah berjaya menganjurkan Seminar Setiausaha kali pertama di peringkat kebangsaan. Hingga kini PSUKM telah berjaya menganjurkan seminar berkenaan setiap 2 tahun sekali. Kini, Persatuan Pembantu Tadbir Kesetiausahaan UKM telah dijenama semula dengan penamaan semula sebagai Persatuan Setiausaha Universiti Kebangsaan Malaysia (PSUKM).

»Tujuan/Matlamat Penubuhan PSUKM adalah untuk :

  • Mengeratkan silaturahim di antara kakitangan Setiausaha/Pembantu Pejabat dan kakitangan am sokongan lain yang menjalankan tugas-tugas kesetiausahaan.
  • Sebagai pengantara perhubungan dalam pertukaran maklumat dan pandangan dua hala antara majikan, ahlinya serta dengan organisasi luar demi pengekalan kepentingan jawatan, peningkatan mutu kerja dan segala aktiviti yang difikirkan bersesuaian.
  • Merancangkan semua aktiviti yang merangkumi kebajikan, sosial, ekonomi dan pendidikan bagi menceria/meningkatkan jati diri, misi, kerjaya, peningkatan mutu kerja/pengetahuan dan pergaulan serta memperluaskan makluman semasa supaya sentiasa/lebih profesional.
  • Memberikan khidmat bakti kepada Universiti Kebangsaan Malaysia dan yang bersekutu dengannya bagi tugas-tugas yang relevan dengan ahli Persatuan dengan aktiviti yang dijalankan.

Maksud Logo/Lambang

P          =  Melambangkan Persatuan

S          =  Melambangkan Setiausaha 

UKM    = Melambangkan Universiti Kebangsaan Malaysia