Jamuan Raya PSUKM 2022
Pada 27 Mei 2022 sambutan raya PSUKM disambut meriah di Palm Garden Resort, Putrajaya. Pastinya sambutan kali ini berbeza kerana semua tetamu yang hadir teruja setelah 2 tahun sambutan raya PSUKM tidak dilaksanakan.
Majlis hari raya PSUKM telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Syed Kamarudin Bin Sadakkutulla selaku Pendaftar UKM dan penaung PSUKM. Majlis juga diserikan dengan kehadiran Tuan Haji Zanudin Mohd Daud selaku penasihat PSUKM dan wakil Puan Zaiton turut hadir bagi mewakili KESUKMA.
Terima kasih diucapkan kepada semua ahli MPP yang bertungkus lumus bagi memastikan majlis berjalan lancar dan juga kepada ahli-ahli PSUKM yang telah hadir bagi menyerikan majlis.
Semoga kita berjumpa lagi di tahun hadapan.