Pengenalan

Portal Sirajul Albab fi Lughatil Ahbab merupakan sebuah platform yang dibangunkan untuk memberi kemudahan kepada pelajar-pelajar di Fakulti Pengajian Islam mempelajari bahasa Arab dengan lebih mudah dan berkesan. Portal ini mula dibangunkan pada tahun 2018 dengan tujuan untuk menjadikannya sebagai medium pentaksiran pelajar-pelajar yang mengikuti kursus kemahiran mendengar bahasa Arab di fakulti. Namun, proses pengajaran dan pembelajaran telah mula dilihat sebagai satu proses yang lebih penting ke arah memastikan pelajar-pelajar di fakulti ini dapat menguasai bahasa Arab dengan lebih baik. Justeru, portal ini mula direkabentuk untuk disesuaikan dengan kehendak semasa yang lebih memberi fokus kepada pengajarn dan pembelajaran.