Opportunity: PhD Candidate

Featured

PhD Candidate in Southeast Asia Disaster Prevention Research Initiative, Universiti Kebangsaan Malaysia (SEADPRI-UKM)

We are looking for a motivated PhD candidate who will be involved in flood susceptibility and modeling component for Kuala Lumpur and its surrounding area. The candidate will initially be working largely on data collection, handling and processing of very large spatial datasets to form the basis of inputs for the 2D hydraulic flash flood modelling. The candidate will be funded by the Newton-Ungku Omar Research Fund which will provide greater opportunity to work with internationally recognize research groups as well as have good chances to go for higher level training abroad. Continue reading

Bengkel STI4DRR

Bengkel Konsultatif Pelan Sains, Teknologi, dan Inovasi bagi DRR (STI4DRR)

24 Julai 2017

Kelab Golf Danau, UKM Bangi

Bengkel ini diadakan adalah hasil rentetan kepada penyertaan delegasi Malaysia ke Persidangan UN World Conference for Disaster Risk Reduction, yang telah diadakan di Sendai, Jepun, pada 14-18 Mac 2015 yang lalu, serta Persidangan Sains dan Teknologi pada Januari 2016, bertempat di Geneva, Switzerland. Draf Halatuju Sains dan Teknologi bagi perlaksanaan Rangka Kerja Sendai telah dipersetujui dan mengandungi 12 cadangan tindakan telah dibentangkan di persidangan 1st Asian Science and Technology Conference for Disaster Risk Reduction (ASTCDRR) pada 23-24 Ogos 2016, bertempat di Bangkok, Thailand, anjuran UNISDR dan disokong oleh Integrated Research on Disaster Risk (IRDR) China dan beberapa rakan penganjur yang lain. IRDR bersama ICSU, ICSU-ROAP dan juga Akademi Sains China & ICoE Taipei telah berjaya menganjurkan 1st Workshop to Strengthen Scientific Advisory Capacities for Disaster Risk Reduction, pada 25-26 Ogos 2016, bertempat di Bangkok Thailand, dan dihoskan oleh National Research Council of Thailand (NRCT). Bengkel kedua seumpanya juga telah diadakan dengan jayanya pada Januari 2017, bertempat di Academia Sinica Taipei, bagi membincangkan dengan lanjut Pelan Sains dan Teknologi bagi DRR di setiap negara, dengan memberi fokus kepada
sasaran khusus bagi perlaksanaan Rangka Kerja Sendai.

Pembentangan kertas dasar:

  1. Finance and Insurance for Disaster Risk Reduction – YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hj. Mohd Rasid Hussin, Ahli Panel Pakar Saintifik (pdf download)
  2. STI for Earthquake Hazards – Prof. Dr. Felix Tongkul, Ahli Panel Pakar Saintifik
  3. STI for Landslide Hazards – En. Zamri Ramli, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (pdf download)
  4. STI for Climate Extremes – Prof. Dr. Fredolin Tangang, Ahli Panel Pakar Saintifik (pdf download)
  5. STI for Health and Other Emerging Hazards – YBhg. Dato’ Dr Ahmad Faizal Mohd Perdous, Ahli Panel Pakar Saintifik (pdf download)
  6. STI for Critical Infrastructure and Disaster Risk Reduction – Ir. Dr. Zuhairi Abdul Hamid, Ahli Panel Pakar Saintifik (pdf download)
  7. STI for Flood Hazard – YBhg. Dato’ Ir. Hj. Nor Hisham Mohd Ghazali, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (pdf download)