Utama

Latar belakang

Objektif

Tema dan subtema

Yuran

Jadual

Tarikh penting

Format penulisan

Penginapan

Maklumat dan peta

Muat turun

Hubungi kami

 

 

MAKLUMAT UKM

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang ditubuhkan pada 18 Mei 1970 adalah satu-satunya universiti nasional di Malaysia, yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Dengan persekitaran akademik yang unggul, prasarana kampus yang moden dan konsep kampus dalam taman, UKM sememangnya antara universiti yang tersohor di Malaysia dan rantau ini.

Kampus induk UKM yang mempunyai keluasan 1,096.29 hektar terletak di Bangi, Selangor Darul Ehsan, kira-kira 35 kilometer dari bandar raya Kuala Lumpur menempatkan lapan fakulti dan 12institut. Selain itu, UKM mempunyai Kampus Perubatan di Kuala Lumpur yang menempatkan empat fakulti iaitu Fakulti Perubatan (Praklinikal), Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Fakulti Pergigian dan Fakulti Farmasi. Manakala Pusat Perubatan UKM (PPUKM), yang mempunyai keluasan 22.3 hektar di Cheras, Kuala Lumpur berupaya memenuhi keperluan semasa dari segi pendidikan, perkhidmatan dan penyelidikan perubatan. PPUKM menempatkan sebuah hospital, Fakulti Perubatan dan Institut Perubatan Molekul (UMBI).

Berlandaskan kecemerlangan dalam bidang penyelidikan lebih daripada tiga dekad, UKM dipilih sebagai salah sebuah Universiti Penyelidikan di Malaysia. Keunggulan UKM terserlah dengan penempatan institut penyelidikan nasional dan antarabangsa, iaitu Institut Genom Malaysia (MGI) dan International Institute of Global Health, United Nations University. UKM juga adalah penerima Anugerah Kualiti Perdana Menteri 2006. Penganugerahan ini adalah pengiktirafan bagi kecemerlangan UKM dalam bidang akademik dan pengurusan. Dengan asas yang mantap ini, UKM tampil dengan citra baru melalui slogan ‘Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan’.

PETA