Tips Pemakanan Bajet (Tips 3 - PENYEDIAAN KREATIF)

     
Hidangan tertentu boleh disediakan lebih awal.
 
Masak lebih untuk hidangan tertentu seperti sup atau lauk-pauk. Bahagikan kepada beberapa bekas kecil dan sejukbekukan kesemua bekas tersebut supaya dapat digunakan pada hari-hari lain.
Sumber protein daripada telur dan kekacang seperti taukua, tempe, dal dan fucok lebih murah berbanding ikan/daging/ayam.
Sejukbekukan nasi yang berlebihan untuk digunakan kemudian hari untuk penyediaan nasi goreng atau empeng beras.
Gunakan lebihan hidangan seperti ikan goreng atau ikan bakar atau ayam sebagai bahan tambahan dalam nasi goreng atau sandwic.
Gunakan lebihan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk membuat jus buah-buahan atau sup.
 
Tips 3