Home | Punca  | Kesan-Kesan | Pencegahan | Langkah Mengatasi | Penutup

 

 

 

KESAN-KESAN

 

 

KESAN

 

Jerebu boleh memberi kesan kepada :

 

  1. Kesihatan

 

  1. Aktiviti harian

 

  1. Sektor ekonomi

 

  1. Tumbuh-tumbuhan

 

  1. Cuaca

 

  1. Bangunan

 

 

1.     Kesihatan

 

    • Komponen – komponen yang terdapat pada jerebu seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, ozon, habuk dan logam boleh membawa kesan yang buruk kepada kesihatan manusia.
    • Golongan yang berisiko tinggi ialah :

i)                    kanak-kanak

ii)                  orang tua

iii)                mereka yang mengalami penyakit seperti asma, bronkitis, radang paru-paru, sakit jantung dan alahan

iv)                perokok

v)                  mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah

    • Tanda dan gejala :

i)                    Gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk

ii)                  Sesak nafas atau sukar untuk bernafas

iii)                Mata pedih dan berair

iv)                Hidung berair dan kerap bersin

v)                  Kulit badan gatal-gatal

vi)                Sakit dada

 

 

 

 

2.     Aktiviti harian

 

·        Keadaan jerebu menyekat aktiviti harian yang biasa dilakukan. Ini kerana semasa jerebu penduduk disarankan supaya mengelakkan daripada membuat aktiviti luar.

·        Penduduk yang bekerja sebagai petani dan nelayan terpaksa mencari alternatif lain untuk mencari sumber pendapatan buat sementara waktu.

 

3.     Sektor ekonomi

 

·        Jerebu yang semakin meruncing boleh mengancam pendapatan negeri atau negara dengan menjejaskan sektor ekonomi.

·        Sebagai contoh industri pelancongan yang merosot disebabkan oleh para pelancong yang bimbang kesihatan mereka akan terjejas akibat jerebu tersebut.

 

 

4.     Tumbuh-tumbuhan

 

·        Mudah diserang penyakit

·        Kadar fotosintesis kurang

·        Daun menguning

 

 

5.     Cuaca

 

·        Kandungan gas-gas yang merbahaya di dalam jerebu boleh menyebabkan hujan asid.

·        Keadaan persekitaran semakin panas. Keadaan kering dan panas boleh menyebabkan hutan tanah gambut mudah terbakar. Cuaca panas menyusutkan bekalan air akibat sungai yang kering dan tiada bekalan hujan.

 

 

6.     Bangunan

·        Bangunan rosak

·        Warna pudar

·        Logam terkakis atau berkarat

 

 

 

 

 

 

 

 


Copyright © 2004  Jerebu.Com l Rights Reserved.

 

Home | Punca  | Kesan-Kesan | Pencegahan | Langkah Mengatasi | Penutup