Home | Punca  | Kesan-Kesan | Pencegahan | Langkah Mengatasi | Penutup

 

 

 

PUNCA

 

 

PUNCA

 

  1. Punca semulajadi seperti habuk tanah dan pelepasan gunung berapi.
  2. Antropogeni iaitu aktiviti manusia seperti perindustrian, asap kenderaan,

      asap kilang dan pembakaran terbuka.

 

 

Pembakaran hutan secara terbuka

 

 

Asap dari kilang perindustrian

 

 

 

MEKANISME PEMBENTUKAN JEREBU

 

 

Partikel daripada punca di atas menyerap dan menyerakkan cahaya matahari

 

 

 

 

Partikel bercampur dengan wap air

 

 

 

 

Udara nampak samar kerana partikel terampai dan kering

(kelembapan air kurang daripada 95%)

 

 

 

 

Mengurangkan jarak penglihatan dan seterusnya menjejaskan penglihatan

 

 

 

 

KEADAAN YANG SESUAI UNTUK PENYEBARAN JEREBU

 

  • Perubahan tiupan angin yang menyebabkan partikel tertiup ke tempat lain.
  • Angin kencang berterusan yang membawa partikel ini bersamanya.
  • Keadaan cuaca yang tidak stabil kerana hujan yang berlanjutan berhari-hari.
  • Pengurangan atau penghentian pelepasan partikel ke udara.

 

 

KEADAAN DI MALAYSIA YANG MEMBANTU PEMBENTUKAN JEREBU

 

a)     Iklim tropika iaitu tempoh cuaca kering yang panjang dan atmosfera yang stabil.

 

b)     Sumber partikel yang banyak dari pencemaran udara baik di bandar mahupun di kawasan luar bandar.

 

c)      Tiupan angin Monsun Barat Daya yang perlahan mengurangkan pergerakan udara mengufuk dan udara menegak. Dalam keadaan ini, pembentukan awan tidak aktif lalu menyebabkan cuaca kering.

 

 

APAKAH YANG MENYEBABKAN JEREBU HILANG?

 

  1. Pengendapan graviti

Partikel disingkirkan melalui beberapa proses. Partikel yang lebih berat mendap ke permukaan bumi.

 

  1. Basuhan hujan

Pemeluwapan wap ke atas partikel bagi membentuk titis air yang berpadu menghasilkan awan.

 

  1. Cucian

Partikel disingkirkan melalui perlanggaran dan perlekatan dengan titis hujan yang turun ke permukaan bumi.

 

  1. Golakan

Proses yang membawa partikel ke paras atmosfera yang lebih tinggi untuk sebaran yang lebih berkesan.

 

  1. Hujan lebat dengan tiupan angin pelbagai arah

Hujan lebat yang menyeluruh dengan arus menaik dan menurun yang kuat boleh menyingkirkan jerebu denagn berkesan.Hujan renyai yang singkat biasanya tidak berkesan menghilangkan jerebu.   

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Copyright © 2004  Jerebu.Com l Rights Reserved.