Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.
Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.
Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.
Abstract
Aspek alam sekitar, sosial dan tadbir urus (environmental, social and governance, ESG) menjadi fokus utama dalam bidang akademik, korporat serta politik kerana data berkaitan dengan ESG dilihat sebagai elemen yang bermanfaat oleh pihak berkepentingan. Kajian literatur sistematik ini dijalankan untuk meneliti kesan ESG terhadap prestasi syarikat dalam bentuk pencapaian kewangan dan bukan kewangan. Kajian ini mensintesis hasil penyelidikan empirikal dan metaanalisis berpandukan Item Pelaporan Pilihan untuk Kajian Sistematik dan Analisis Meta (PRISMA) dari tahun 2018 hingga 2024. Sebanyak 59 artikel berkaitan dengan ESG yang dianalisis menunjukkan bahawa faktor ini mempunyai pengaruh langsung yang signifikan terhadap prestasi kewangan dan bukan kewangan sesebuah syarikat. Pendedahan terhadap ESG didapati memupuk penciptaan nilai jangka panjang untuk syarikat seperti nilai perniagaan dan prestasi syarikat. Faktor ESG juga terbukti menyokong organisasi dan pemegang kepentingan, khususnya dalam mempengaruhi keputusan pelabur. Oleh itu, pihak syarikat berdepan dengan keperluan untuk menyepadukan faktor ESG dalam amalan pelaporan mereka. Kajian ini menyumbang kepada ulasan karya ESG sedia ada, terutamanya berkaitan dengan kesan pendedahan ESG terhadap prestasi keuntungan syarikat. Data kajian ini juga menyediakan implikasi praktikal kepada pihak berkepentingan dalam membuat keputusan berkaitan dengan pelaburan, inovasi dan ganjaran bagi meningkatkan prestasi syarikat selain memperluas pemahaman tentang kepentingan ESG.
