Institut Koperasi Malaysia
103 Jalan Templer
46700 Petaling Jaya, Selangor, MALAYSIA.
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM, Bangi Selangor, MALAYSIA
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM, Bangi Selangor, MALAYSIA
Abstract
Kajian ini mengkaji hubungan antara Sistem Kawalan Dalaman (SKD) yang merangkumi lima komponen – persekitaran kawalan, penilaian risiko, aktiviti kawalan, komunikasi maklumat serta pemantauan terhadap prestasi koperasi di Malaysia. Kajian turut menguji tentang peranan Modal Insan Strategik sebagai pemboleh ubah sederhana dalam mengukuhkan hubungan antara SKD dengan prestasi koperasi, iaitu dengan memastikan pekerja mempunyai keupayaan untuk melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan. Modal Insan Strategik merupakan penjajaran proaktif antara pengurusan bakat dan objektif strategik organisasi kerana modal insan yang kompeten mampu mempengaruhi kecekapan koperasi. Sebanyak 221 soal selidik yang lengkap dan mewakili kadar respons sebanyak 58.6 peratus telah dikutip daripada 377 koperasi yang diwakili oleh Anggota Lembaga Koperasi (ALK) atau Pengurus Koperasi sebagai responden. Hasil kajian menunjukkan bahawa komponen SKD, aktiviti kawalan koperasi, pemantauan koperasi dan penilaian risiko mempunyai kesan positif dan signifikan terhadap prestasi koperasi. Selain itu, Modal Insan Strategik didapati dapat menyederhanakan hubungan antara SKD dengan prestasi koperasi, khususnya terhadap aspek penilaian risiko dan komunikasi maklumat. Kajian ini juga menekankan kepentingan Modal Insan Strategik dalam memperkukuh hubungan antara SKD dengan prestasi koperasi. Koperasi yang ingin meningkatkan prestasi mereka harus melabur dalam pembangunan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran inovatif untuk memastikan kejayaan sesebuah koperasi.
