Jabatan Anestesiologi & Rawatan Intensif

 Hospital Canselor Tuanku Muhriz

LATAR BELAKANG

Jabatan Anestesiologi & Rawatan Intensif adalah sebuah jabatan yang bertanggungjawab mengawalselia dan memantau ke atas beberapa unit kritikal di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM. Jabatan ini diketuai oleh Prof. Madya Dr. Raha Abdul Rahman (2014 sehingga kini) dan mempunyai sebilangan kakitangan sebanyak 21 orang (Pakar Anestesiologi dan Pensyarah Perubatan), 2 orang Pakar Perunding Sambilan dan seramai 25 orang kakitangan sokongan klinikal dan pentadbiran yang terdiri daripada Pegawai Sains (1), Pegawai Penyelidik (1), Juruteknologi Makmal Perubatan (5), Penolong Pegawai Perubatan (10), Penolong Pegawai Tadbir (1), Juruteknik Perubatan (2) dan Perkeranian dan Operasi (5).

Jabatan ini menyediakan dan memastikan kelancaran perkhidmatan perawatan intensif (kritikal) di HCTM setaraf piawaian kebangsaan dan antarabangsa iaitu dengan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam anestesia, rawatan intensif dan perubatan yang berkaitan untuk pelajar prasiswazah, dan pascasiswazah dan disiplin perubatan yang berkenaan dalam pengkhususan bidang:-

  • Anestesia
  • Rawatan Intensif
  • Pengurusan Nyeri (akut dan kronik)

SKOP DAN FUNGSI JABATAN/ PERKHIDMATAN

Menyediakan perkhidmatan anestesia secara elektif dan kecemasan di HCTM untuk semua sub-bidang yang memerlukan perkhidmatan anestesia. Ini merangkumi disiplin seperti Surgeri Am (termasuk Hepatobiliari, Kolorektal, Payudara & Endokrinologi, Vaskular), Pediatrik, Kardiotorasik, Neurosurgeri, Otopedik, Perbidanan & Sakit Puan, Urologi, Otorinolaringologi, Oftalmologi, Maksilofasial, Plastik, Ambulatori dan Radiologi.

Di samping menyediakan perkhidmatan rawatan intensif untuk pesakit kritikal di HCTM, khususnya di Unit Rawatan Intensif, jabatan ini juga menyediakan perkhidmatan pengurusan nyeri (akut dan kronik) yang merangkumi sakit bersalin, ‘acute pain service’ dan ’chronic pain service’.

Antara klinik yang diwujudkan di bawah jabatan ini adalah seperti disenaraikan :-

  • Klinik Anestesia Perioperatif (Perioperative Anaesthesia Clinic)
  • Klinik Pengurusan Kesakitan (Pain Management Clinic)