Perlawanan Persahabatan Bola Tampar antara UKM dan LavAni Sengit

Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim

SHAH ALAM, 18 Ogos 2022 – Perlawanan Persahabatan Bola Tampar antara pasukan jemputan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan Bogor LavAni, Indonesia sangat sengit apabila kedua-dua pasukan memberi tentangan hebat.

Walaupun ketinggalan 2-0 di set pertama dan kedua dengan pungutan mata 25-18 dan 25-23, namun pasukan jemputan UKM terus bangun menyamakan kedudukan apabila menang di set ketiga dan keemapat dengan mata 22-25 dan 21-25, untuk membawa perlawnana ke set penentuan.

Drama di set penentuan semakin mendebarkan dengan kedua-dua pasukan saling kejar mengejar sebelum pasukan Bogor LavAni, akhirnya mengesahkan kemenangan dengan mata 15-10.

Perlawanan Persahabatan Bola Tampar antara pasukan jemputan UKM dengan Bogor LavAni, Indonesia itu diadakan di  Dewan Bola Tampar, Seksyen 4, Shah Alam sempena Majlis Syarahan Canselor Tuanku Muhriz Ke-5.

Hadir sama ke perlawanan tersebut ialah Presiden Indonesia Ke-6, TYT Prof. Dr. Susilo Bambang Yudhoyono, Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd Razak, Naib Canselor, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman, Timbalan-timbalan Naib Canselor dan pengerusi tertinggi UKM.

Sementara itu, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad berkata walaupun pasukan pilihan UKM kalah 3-2, tetapi yang penting adalah semangat kesukanan yang ditonjolkan oleh kedua-dua pasukan.

“Kita harus ingat bahawa pasukan LavAni adalah pasukan profesional dari Indonesia. Mereka juga adalah pasukan juara Liga Bola Tampar Indonesia. Jadi kita menentang satu psukan profesional yang hebat.

“Saya nampak standard pasukan pilihan UKM sudah semakin baik dan insya-Allah di masa hadapan kita harapkan ia dapat perbaiki lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan berkata walaupun pasukan pilihan UKM ketinggalan 3-2, tetapi mereka telah memberikan tentangan yang sangat sengit. “Syabas saya ucapkan kepada pasukan jemputan UKM yang telah memberi tentangan yang hebat kepada pasukan lawan. Permainan yang cukup baik, spiting yang cukup baik dan saya yakin kita boleh bergerak dengan lebih perkasa membangunkan sebuah pasukan bola tampart di peringkat antabangsa,” katanya.

Leave a Reply