Pertandingan ASEAN DSE National Finals Malaysia 2023bangunkan cadangan analitik data  SAP Analytics Cloud

Oleh Phoon Li Juan @ Roovasini
Foto Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

BANGI, 11 September 2023 – Pertandingan ASEAN Data Science Explorers (ASEAN DSE) National Finals Malaysia 2023 yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) baru-baru ini memerlukan para peserta untuk membangunkan papan cerita atau cadangan analitik data menggunakan SAP Analytics Cloud (SAC).

Para peserta perlu memilih satu isu ASEAN yang merentasi enam Sustainable Development Goals (SDG) yang terpilih untuk diselesaikan melalui papan cerita analitik data yang direka.

Antara SDG yang dipilih adalah seperti SDG 6 (air bersih dan sanitasi), SDG 7 (tenaga berpatutan dan bersih), SDG 8 (pekerjaan yang sesuai dan pembangunan ekonomi), SDG 11 (bandar dan masyarakat mampan), SDG 12 (penggunaan dan pengeluaran bertanggungjawab) dan SDG 13 (tindakan iklim).

ASEAN DSE diadakan bagi memperkasakan belia di 10 negara anggota ASEAN yang mempunyai kemahiran analisis data dan kemahiran lain yang berkaitan seperti kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran berfikir secara kritis, analitikal dan kemahiran komunikasi yang baik.

Dalam pertandingan tersebut, kumpulan daripada University of Nottingham, Malaysia telah dinobatkan sebagai juara dan membawa pulang hadiah wang tunai sebagai USD500. 

Program yang bermula pada tahun 2017 itu telah berjaya melibatkan hampir 71,000 belia ASEAN yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta, termasuk belia yang kurang bernasib baik.

Program itu telah berjaya melibatkan lebih daripada 900 IPT dan 130 Badan Bukan Kerajaan (NGO) setakat ini.

Menurut Pengurus Projek ASEAN Foundation – SAP Joint Initiatives, Illan Asqolani, belia merupakan penentu masa depan sesebuah negara dan beliau yakin keterlibatan belia Malaysia dalam program itu akan menyumbang secara signifikan dalam menangani isu sosio-ekonomi yang mendesak di seluruh rantau ini.  Beliau dalam ucapannya mengucapkan tahniah dan merakamkan penghargaan atas usaha serta komitmen UKM sebagai tuan rumah dalam menjayakan Pertandingan ASEAN DSE National Finals Malaysia 2023. 

Leave a Reply