UKM Tubuhkan Arena E-Sport, Cungkil Bakat Bidang e-Sukan

Oleh Asmahanim Amir
Foto Shahiddan Saidi

BANGI, 16 November 2023 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menubuhkan Arena e-Sport dalam melahirkan lebih ramai atlet e-sukan yang hebat bagi mewakili UKM, negeri atau negara ke pertandingan-pertandingan kompetetif seluruh dunia, suatu masa nanti.

Naib Canselor, Prof Dato’ Gs Ts Dr Mohd Ekhwan Toriman berkata Arena e-Sport ini dapat menjadi wadah latihan yang boleh menawarkan sijil profesional dan penimbaan ilmu berkaitan e-sukan bagi seluruh warga UKM.

“E-Sprort ini juga merupakan aktiviti yang semakin mendapat tempat dalam generasi muda dan saban tahun kerajaan telah memperuntukkan sebahagian belanjawan bagi menaik taraf pembangunan e-sport negara.

“Acara-acara bagi kategori e-sport juga turut telah dipertandingkan di peringkat kebangsaan, contohnya di Sukan Malaysia (SUKMA) dan juga di Asean Games.

“Jadi, dengan kewujudan UKM eSports Arena ini, saya harap ia dapat jadi pemangkin untuk UKM melahirkan lebih ramai atlet eSukan hebat,” katanya semasa menyampaikan ucapan di Majlsi Perasmian Aras 1, Bangunan Pusanika, di sini.

E-Sports Arena yang terletak di Aras 1, Bangunan Pusanika itu diharap  diharap akan menjadi salah satu lagi daya penarik yang akan memeriahkan semula Bangunan Pusanika.

Selain Arena e-Sport, Aras 1 Bangunan Pusanika itu juga turut menempatkan  premis-premis perniagaan seperti ZUS Coffee, Tealive, 99 Speedmart, eMart 24, Sen Teppanyaki, Nelson’s, 1901, Nasi Lemak De’ Warong, Roti-Roti, Kaiice, Kims Donuts, Kungfu Sushi dan Cafe Mesra.

Prof Dato’ Gs Ts Dr Mohd Ekhwan berharap agar sedikit masa lagi, aras-aras lain Bangunan Pusanika akan turut memulakan proses naik taraf seperti yang dirancang dalam pelan Inisiatif Transformasi Fasiliti dibawah Pelan Strategik HEPA UKM 2023-2026.

“Saya juga berharap agar proses naik taraf berjalan dengan lancar bagi manfaat warga UKM secara khasnya,” katanya.

Proses menaik taraf Bangunan Pusanika adalah melalui Inisiatif Transformasi Fasiliti – Rejuvenasi Pusanika di bawah Pelan Strategik HEPA UKM 2023 – 2026 sebagai sebahagian daripada ”blueprint” bagi membangunkan semula bangunan tersebut.

Majlis perasmian itu telah dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak.

Leave a Reply