Pejabat Naib Canselor

AKTIVITI

Program Santai Boling Pejabat Naib Canselor Tahun 2024

12/10/2024

Kelab Kebajikan Pejabat Naib Canselor, UKM berperanan aktif dalam merangka program-program yang memupuk hubungan baik dan kerjasama erat dalam kalangan kakitangan. Seiring dengan aspirasi kerajaan untuk mempromosikan budaya bersukan dan gaya hidup sihat di tempat kerja, kelab ini mengambil inisiatif untuk menganjurkan Program Santai Boling Pejabat Naib Canselor 2024. 

Program ini dirangka bukan sahaja sebagai aktiviti riadah, tetapi juga bertujuan untuk mengukuhkan ukhuwah dan meningkatkan semangat berpasukan antara kakitangan di Pejabat Naib Canselor. Melalui aktiviti sukan seperti boling, peserta dapat menikmati suasana santai sambil membina keakraban dan kerjasama yang lebih erat, yang mana penting dalam memastikan produktiviti dan keharmonian di tempat kerja. 

Selain itu, inisiatif ini merupakan langkah proaktif Pejabat Naib Canselor bagi memenuhi aktiviti yang telah diwajibkan di dalam Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP UKM) yang menggalakkan aktiviti fizikal sebagai sebahagian daripada rutin harian bagi meningkatkan kesejahteraan mental dan fizikal kakitangan. Melalui penganjuran program ini, diharapkan dapat wujudnya suasana kerja yang lebih kondusif, sekaligus menyumbang kepada peningkatan motivasi dan produktiviti.

Aktiviti-aktiviti seperti ini adalah platform yang baik untuk mencapai keseimbangan kerja dan kehidupan (work-life balance) bagi setiap kakitangan. Semoga program ini bukan sahaja memupuk gaya hidup sihat tetapi juga menjadi langkah penting dalam memperkukuhkan semangat kekitaan dalam organisasi.

📸 Galeri