Pejabat Naib Canselor

AKTIVITI

Program Chill & Relax Pejabat Naib Canselor

18/10/2024

Program Chill & Relax merupakan inisiatif Jawatankuasa Sukan Dan Rekreasi Kelab Kebajikan Kakitangan Pejabat Naib Canselor, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi memupuk budaya sihat dan keseimbangan kerja-hidup di kalangan staf. Acara ini diadakan sebagai platform untuk memperkukuh hubungan silaturahim antara warga pejabat dalam suasana santai dan mesra, selaras dengan prinsip kesihatan fizikal dan kesejahteraan mental.

Sejak awal tahun 2024, Pejabat Naib Canselor telah menganjurkan siri aktiviti brisk walk sebagai sebahagian daripada usaha berterusan dalam mempromosikan gaya hidup aktif dan produktif. Program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan fizikal, malah menggalakkan interaksi sosial dan komunikasi terbuka antara kakitangan, sekaligus memperkukuh semangat kerjasama dan keharmonian.
Sebagai acara penutup bagi siri aktiviti brisk walk tahun ini, program Chill & Relax menampilkan konsep potluck bagi menggalakkan semua warga untuk berkongsi makanan, seterusnya memupuk budaya kebersamaan dan rasa kekitaan. Penganjuran di Taman Saujana Hijau, Putrajaya, juga memberi peluang kepada peserta untuk menikmati keindahan alam semula jadi dan meluangkan masa bersama dalam persekitaran luar yang nyaman.

Melalui program ini, diharap agar budaya sihat, hubungan kerja yang erat, dan kesejahteraan menyeluruh dapat terus diamalkan, sekaligus menyumbang kepada prestasi kerja yang lebih baik dan kepuasan di tempat kerja.

📸 Galeri