[1 OKTOBER 2024, BENGKEL PENULISAN CILAS: APLIKASI KECERDASAN BUATAN (AI) DALAM PENULISAN]
Pejabat Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi) dengan kerjasama Pusat Kajian Undang-Undang Antarabangsa dan Siyar (Siyar) telah menganjurkan Bengkel Penulisan CILAS: Aplikasi Kecerdasan Buatan (AI) dalam penulisan pada 1 Oktober 2024(Selasa) di Dorsett Putrajaya.
Bengkel ini bertujuan untuk memberi maklumat mengenai Etika Penggunaan aplikasi AI dalam Penulisan dan memberi pendedahan penggunaan aplikasi AI dalam memantapkan lagi penulisan.
Bengkel ini telah menjemput Prof. Dr. Nazura Abdul Manap, Profesor FUU dan Prof. Madya Ts. Dr. Abdul Hadi Abd Rahman sebagai penceramah.
Diharapkan dengan pengajuran bengkel ini dapat menambah pengetahuan mengenai AI para pensyarah FUU serta meningkatkan jumlah penulisan di FUU.