2026

Bengkel

BENGKEL PEMENTORAN KERTAS POLISI

[27 JANUARI 2026, BENGKEL PEMENTORAN KERTAS POLISI]

Fakulti Undang-undang melalui Pusat Kajian Undang-Undang Antarabangsa dan Siyar (Siyar) dan Pusat Kajian Undang-Undang Malaysia dan Perbandingan (MyCOL) telah menganjurkan Bengkel Pementoran Kertas Polisi di Bilik Mesyuarat FUU.

Bengkel ini bertujuan untuk memberi bimbingan kepada ahli pusat memperkukuh penulisan dan penghasilan kertas polisi yang berimpak.

Prof. Madya Dr. Ramalinggam Rajamanickam telah dijemput sebagai penceramah jemputan yang berkongsi panduan serta komponen penting dalam penghasilan kertas polisi, termasuk penentuan kata kunci, pengenalpastian pihak berkepentingan (stakeholders) dan peranan masing-masing.

Diharapkan dengan pengajuran bengkel ini dapat meningkatkan kefahaman serta keupayaan pensyarah dalam menghasilkan kertas polisi yang lebih tersusun, relevan dan memberi sumbangan bermakna kepada pembuat dasar serta masyarakat.

BENGKEL PEMENTORAN PENERBITAN JURNAL BERINDEKS TINGGI

21 April 2026 – Pusat Kajian Undang-undang Malaysia dan Perbandingan (MyCoL) dan Pusat Kajian Undang-undang Antarabangsa dan Siyar (CILAS) telah menganjurkan Bengkel Pementoran Penerbitan Jurnal Berindeks Tinggi bertujuan membantu pensyarah memperkukuh penulisan dan penghasilan jurnal berindeks tinggi dan berimpak.
 
Bengkel dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBrs. Dr. Mohd Izzat Amsyar Mohd Arif, Pengerusi Pusat Kajian CILAS.
 
Bengkel ini turut menampilkan Dr. Nabeel Mahdi Althabhawi, Pensyarah Kanan Pusat Kajian Undang-undang Antarabangsa dan Siyar (CILAS) sebagai penceramah jemputan yang berkongsi kepakaran dan pengalaman dalam strategi penerbitan artikel di jurnal berindeks tinggi serta berimpak.
 
Penganjuran bengkel ini bertujuan untuk membimbing dan memperkasa para pensyarah dalam meningkatkan kualiti penulisan akademik, memperkukuh metodologi penyelidikan, serta memahami keperluan dan piawaian jurnal berindeks seperti Scopus dan Web of Science.
 
Antara pengisian bengkel termasuklah kupasan mengenai pemilihan jurnal yang bersesuaian, penyediaan manuskrip yang memenuhi standard antarabangsa, strategi menangani komen penilai (reviewers) , etika penerbitan, serta teknik meningkatkan kebolehterimaan artikel untuk diterbitkan.
Diharapkan bengkel pementoran ini dapat meningkatkan keyakinan dan kompetensi para pensyarah dalam menghasilkan penerbitan berkualiti tinggi yang menyumbang kepada pemerkasaan penyelidikan serta pengantarabangsaan universiti.

BENGKEL PENYELARASAN PEMBANGUNAN PROGRAM SIJIL PROFESIONAL

29 April 2026 – Pusat Kajian Undang-undang Antarabangsa dan Siyar (CILAS) dan Pusat Kajian Undang-undang Malaysia dan Perbandingan (MyCOL) dengan kerjasama Pejabat Timbalan Dekan Akademik telah menganjurkan Bengkel Penyelarasan Pembangunan Program Sijil Profesional.
 
Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada para peserta berkaitan perancangan, pembangunan serta pelaksanaan program sijil profesional yang selaras dengan keperluan semasa dan kehendak industri.
 
Para peserta turut didedahkan dengan garis panduan pembangunan program, struktur kurikulum, serta aspek penawaran sijil profesional bagi memastikan program yang dibangunkan lebih relevan, fleksibel dan berimpak tinggi.
 
Bengkel ini telah disampaikan oleh YBrs. Profesor Madya Dr. Roslinda Rosli, Penolong Pengarah, Program Profesional dan Micro-Credential, Pusat Pengajaran dan Pembangunan Kurikulum yang berkongsi kepakaran serta panduan praktikal dalam pembangunan program sijil profesional yang berkualiti.
 
Penganjuran bengkel ini diharapkan dapat memperkukuh usaha fakulti dalam memperluas penawaran program profesional yang berdaya saing serta memenuhi keperluan pembelajaran sepanjang hayat.

PODCAST EXPERT@FUU

Episod1:Antara Campur Tangan Kemanusiaan @ Pelanggaran Kedaulatan? Di mana garis penamatnya?

Isu Asia Barat bukan sekadar berita di skrin telefon anda. Ia adalah medan ujian paling getir bagi keberkesanan Undang-Undang Antarabangsa. Adakah sistem perundangan dunia hari ini benar-benar melindungi yang lemah, atau ia sekadar alat politik kuasa besar? 

👤 Panel Jemputan: Prof. Dr. Salawati Mat Basir Seorang pakar yang tidak asing lagi dalam bidang Undang-Undang Antarabangsa, Pusat Kajian Undang-Undang Antarabangsa dan Siyar (CILAS).

👤 Moderator: Farish Afrezal Fairus Azmiha Pelajar Tahun 3, Fakulti Undang-Undang yang akan membawa suara mahasiswa dalam diskusi ini.

Pautan : https://youtu.be/bSZfTaTOXHc?si=KqsJJJcsACMqVYUO