2026
Bengkel
Bengkel Pementoran Kertas Polisi
[27 JANUARI 2026, BENGKEL PEMENTORAN KERTAS POLISI]
Fakulti Undang-undang melalui Pusat Kajian Undang-Undang Antarabangsa dan Siyar (Siyar) dan Pusat Kajian Undang-Undang Malaysia dan Perbandingan (MyCOL) telah menganjurkan Bengkel Pementoran Kertas Polisi di Bilik Mesyuarat FUU.
Bengkel ini bertujuan untuk memberi bimbingan kepada ahli pusat memperkukuh penulisan dan penghasilan kertas polisi yang berimpak.
Prof. Madya Dr. Ramalinggam Rajamanickam telah dijemput sebagai penceramah jemputan yang berkongsi panduan serta komponen penting dalam penghasilan kertas polisi, termasuk penentuan kata kunci, pengenalpastian pihak berkepentingan (stakeholders) dan peranan masing-masing.
Diharapkan dengan pengajuran bengkel ini dapat meningkatkan kefahaman serta keupayaan pensyarah dalam menghasilkan kertas polisi yang lebih tersusun, relevan dan memberi sumbangan bermakna kepada pembuat dasar serta masyarakat.
BENGKEL PEMENTORAN PENERBITAN JURNAL BERINDEKS TINGGI
BENGKEL PENYELARASAN PEMBANGUNAN PROGRAM SIJIL PROFESIONAL
PODCAST EXPERT@FUU
EPISOD 2: PEKERJA GIG – DILINDUNGI UNDANG-UNDANG ATAU TERABAI?
“Dalam dunia pekerjaan fleksibel hari ini, adakah pekerja gig benar-benar dilindungi undang-undang atau sekadar terdedah tanpa perlindungan sewajarnya?” Ekonomi gig semakin berkembang pesat dan menjadi pilihan ramai, namun persoalan utama masih timbul — sejauh mana undang-undang melindungi hak dan kebajikan pekerja gig?
👤 Panel Jemputan: Prof. Dr. Kamal Halili Hassan Profesor, Pusat Kajian Undang-Undang Malaysia dan Perbandingan (MyCoL)
👤 Moderator: Mohd Kamarudin Johari Pelajar Tahun 3, Fakulti Undang-Undang, UKM
EPISOD 3:“Kuasa Polis vs Hak Individu: Perspektif Perundangan terhadap Tangkapan"
Sejauh manakah kuasa pihak polis dalam melakukan tangkapan? Apakah hak-hak individu yang dilindungi oleh undang-undang ketika berdepan situasi penahanan?
👤 Panel: PROF. MADYA DR. MUHAMAD HELMI MD. SAID Pusat Kajian Undang-Undang Malaysia dan Perbandingan (MYCOL)
👤 Moderator: SHABANIE SAINI Pelajar Tahun 4, Fakulti Undang-Undang