Rundingan dan Analisis Data

Pemodelan dan analisis data merupakan antara fokus utama dalam aktiviti penyelidikan Sains Matematik yang telah menyaksikan pelbagai projek dan pekhidmatan berkaitan telah dilaksanakan oleh tenaga-tenaga pakar Sains Matematik. Hingga kini, pelbagai pihak sama ada daripada kalangan warga UKM mahupun pihak luar telah mendapatkan khidmat perundingan dan kerjasama penyelidikan bagi membantu mereka menyempurnakan kajian mereka secara saintifik.

Perkhidmatan yang terdapat di DELTA merangkumi fasa-fasa dalam kajian/ penyelidikan, iaitu:

a)      Takrifan Masalah dan Penentuan Objektif Kajian dan Hipotesis Kajian

b)      Penentuan Kaedah Kajian

c)       Pengumpulan Data

d)      Tafsiran Output dan Analisis Data Statistik

e)      Laporan Kajian

CAJ PERKHIDMATAN RUNDINGAN

Tahap perkhidmatan perundingan pertama dalam pernyataan masalah dan keperluan pihak pelanggan dalam tempoh 1 jam pertama diberikan percuma. Bagi tahap-tahap seterusnya, khidmat rundingan dan analisis statistik, caj perkhidmatan adalah seperti berikut:

·         Pelanggan luar UKM                                                       RM 400/ jam

·         Pelanggan UKM                                                               RM 250/ jam

·         Pelajar luar UKM                                                              RM 150/ jam

·         Pelajar UKM                                                                      RM 100/jam