Diwujudkan sejak tahun 1972 di bawah Pejabat Canselori. Pada masa itu ia beroperasi sebagai Unit Komputer yang bertanggungjawab dalam pemprosesan gaji kakitangan.
DigitalUKM | Pusat Teknologi Digital
VISI
Peneraju transformasi digital Universiti Watan
MISI
Mentransformasi produk dan perkhidmatan berlandaskan teknologi digital berpacukan data yang mengutamakan keselamatan dan pengalaman pelanggan melalui tadbir urus tangkas serta tuntas kepada pemegang taruh UKM.
Kronologi penubuhan Pusat Teknologi Maklumat, UKM
Diwujudkan sejak tahun 1972 di bawah Pejabat Canselori. Pada masa itu ia beroperasi sebagai Unit Komputer yang bertanggungjawab dalam pemprosesan gaji kakitangan.
Pada tahun 1980, unit ini telah dinaiktaraf selaras dengan pertambahan fungsi utama dan perkembangan teknologi bagi menyokong kecekapan pengurusan universiti. PTM telah diketuai oleh 13 orang Pengarah sejak penubuhannya pada tahun 1972.
Pada tahun 2007, penamaan semula Pusat Komputer kepada Pusat Teknologi Maklumat dilaksanakan selaras dengan perkembangan pesat dalam bidang teknologi maklumat serta fungsi dan peranan PTM yang semakin berkembang.
Sesuai dengan peredaran semasa dan perkembangan teknologi yang sangat dinamik, Pusat Teknologi Maklumat (PTM) dijenamakan sebagai Pusat Teknologi Digital (DigitalUKM).
| TEMPOH BERTUGAS | NAMA | JAWATAN DISANDANG |
| 2024 – Kini | Prof. Madya Dr. Mohamad Hanif Md. Saad | Pengarah |
| 2021 – 2024 | Prof. Madya Dr. Rozilawati Razali | Pengarah |
| 2016 – 2021 | Prof. Dr. Mohd Juzaiddin Ab Aziz | Pengarah |
| 2011 – 2016 | Prof. Madya Dr. Mohamad Shanudin Zakaria | Pengarah |
| 2006 – 2011 | Prof. Ir. Dr. Othman A. Karim | Pengarah |
| 1995 – 2006 | Prof. Dr. Kasmiran Jumari | Pengarah |
| 1993 – 1995 | Dr. Abdul Rahman Omar | Pengarah |
| 1989 – 1993 | Ismail Harun | Pemangku Pengarah |
| 1985 – 1989 | Prof. Dato’ Dr. Zainul Abidin Sharrif | Pengarah |
| 1983 – 1984 | Ismail Harun | Pemangku Pengarah |
| 1982 – 1983 | Zahari Awang | Pengarah |
| 1980 – 1981 | Abdul Hamid Marzuki | Pemangku Pengarah |
| 1974 – 1979 | Abdul Hamid Marzuki | Ketua Unit |
| 1972 – 1974 | Abdul Hamid Ahmad | Ketua Unit |
BORANG SOAL SELIDIK TAHAP KEPUASAN PENGGUNA TERHADAP KUALITI PRODUK DAN PERKHIDMATAN ICT UKM