





MASA DEPAN PERUBATAN REGENERATIF & TERAPI SEL STEM
26 Mei 2026 | Fakulti Perubatan UKM (melalui DTERM) dengan kerjasama SOMA Research & Innovation Sdn. Bhd. telah berjaya menganjurkan Physician Forum 2026 bertemakan “Regenerative Medicine & Stem Cell Therapy: A Landmark Milestone in Malaysia” di Kampus Cheras.
Satu detik bersejarah turut tercipta menerusi pemeteraian Surat Hasrat (LoI) antara UKM dan SOMA. Kerjasama strategik ini bertujuan memperkukuh penyelidikan, akademik, dan pengkomersialan dalam bidang kejuruteraan tisu serta aplikasi klinikal perubatan regeneratif negara.
Majlis menandatangani LoI telah disempurnakan oleh Dekan Fakulti Perubatan UKM, Prof. Dato’ Dr. Marina Binti Mat Baki, bersama Pengarah SOMA, Encik Shazlan Sufian, serta disaksikan oleh barisan pengurusan tertinggi fakulti.
Terima kasih kepada semua pakar dan peserta yang menjayakan forum ini. Semoga sinergi yang terjalin menjadi pemangkin kepada kemajuan landskap kesihatan negara!