EKORELAWAN UKM

 With knowledge, we serve the community

Profil

Generasi muda merupakan golongan yang akan menentukan kelestarian alam sekitar Negara diteruskan. Hampir semua Golongan pemimpin masyarakat  lahir dari institusi pengajian tinggi yang bakal membawa amanah memperjuangkan kelestarian alam sekitar. Pembangunan keupayaan dikalangan pelajar IPT dalam aspek melestarikan alam sekitar merupakan perkara penting yang harus dilaksanakan. Pendedahan konsep dan praktikal dalam melestarikan alam sekitar seharusnya bermula di IPT sama ada secara langsung melalui pelbagai program kemahasiswaan mahupun dimasukkan ke dalam silibus kurikulum pengajian di universiti. Pemerkasaan terhadap sifat cintakan alam sekitar boleh dipupuk melalui akitiviti-aktiviti kesukarelawanan.

Selaras dengan itu, kewujudan sebuah kumpulan yang dipanggil sebagai Ekorelawan sangat penting bagi membantu usaha universiti dan kerajaan bagi melestarikan alam sekitar dalam bentuk aktiviti kesukarelawanan. Ekorelawan bakal mewujudkan pelajar,kakitangan dan alumni UKM yang mempunyai dedikasi yang tinggi serta sanggup mengorbankan masa dan tenaga kerja demi memelihara dan memulihara alam sekitar.

Penubuhan Ekorelawan bermula di Kolej Ibu Zain (KIZ) UKM selaras dengan aspirasi kolej tersebut untuk menjadi kolej yang lestari. Kumpulan ini semakin berkembang bukan sahaja di kolej berkenaan malah ke seluruh UKM. Ekorelawan memberikan penumpuan kepada tiga aspek elemen dalam pergerakkannya iaitu Ilmu, Khidmat Masyarakat dan Kesihatan. Pendedahan terhadap ilmu berkenaan dengan alam sekitar dan ekosistemnya amat penting untuk pemahaman ahli ekorelawan tentang fungsi dan peranan alam sekitar dalam kehidupan kita. Dengan ilmu yang diperolehi akan dapat digunakan melalui siri-siri program kesukarelawanan bersama komuniti dalam bentuk aktiviti ceramah dan pelbagai lagi aktiviti pembangunan keupayaan untuk menjaga alam sekitar. Oleh yang demikian segala usaha yang telah diambil dalam melestarikan alam sekitar akan dapat mewujudkan sebuah komuniti dan persekitaran yang sihat dan sejahtera.

Ekorelawan UKM bergerak bersama pelbagai pihak sama ada denga pihak kerajaan, swasta mahupun badan bukan kerajaan serta komuniti. Pembinaan jaringan kerjasama ini akan dapat memberikan nilai tambah kepada ahli dan juga kepada UKM sebagai peneraju dalam pembangunan komuniti dan alam sekitar.

OBJEKTIF PENUBUHAN EKORELAWAN

  • Menerapkan kepada ahli untuk mencintai alam sekitar.
  • Memberikan pendedahan dan pengetahuan tentang alam sekitar dan ekosistemnya.
  • Menyediakan platform kepada ahli untuk mempraktikan amalan kesukarelawanan alam sekitar

MOTTO/TEMA

“Dengan ilmu, kami berkhidmat kepada masyarkat”
“With knowledge we serve community”

LOGO