Fakulti Ekonomi & Pengurusan

INDUSTRI DAN KOMUNITI

Di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), kami komited untuk membina kerjasama strategik, mampan, dan berimpak tinggi bersama rakan industri di peringkat nasional, serantau, dan antarabangsa. Kami berusaha mewujudkan serta memperkukuh hubungan jangka panjang dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk syarikat multinasional, agensi kerajaan, dan perusahaan tempatan. 

Jalinan kerjasama ini bertujuan untuk mewujudkan manfaat bersama yang dapat meningkatkan reputasi serta keupayaan universiti dan fakulti. Melalui hubungan industri yang kukuh, FEP memastikan kecemerlangan akademik selari dengan keperluan profesional dan pasaran semasa. 

Kerjasama kami merangkumi pelbagai bidang termasuk pendidikan, penyelidikan, perundingan, latihan, dan perkhidmatan profesional. Dengan bekerjasama rapat bersama pemain industri dan pengamal profesional, kami memastikan program akademik sentiasa relevan, dinamik, dan responsif terhadap cabaran ekonomi serta perniagaan semasa. 

Melalui program latihan dan pembangunan yang khusus, kami melengkapkan pelajar serta staf akademik dengan kemahiran, keupayaan analitikal, dan kompetensi profesional yang diperlukan dalam pasaran global. Program ini sering disesuaikan mengikut keperluan semasa rakan industri. 

Selain itu, FEP turut menyediakan perkhidmatan perundingan dan khidmat nasihat bersama rakan industri bagi menawarkan penyelesaian praktikal dalam pembangunan organisasi, inovasi perniagaan, dan kelestarian ekonomi. 

Bersama rakan strategik, kami memacu inovasi, memperkasa ilmu pengetahuan, dan mewujudkan impak sosioekonomi yang bermakna. Komitmen kami terhadap kecemerlangan dan kolaborasi memastikan FEP terus menjadi peneraju dalam melahirkan pemimpin perniagaan dan pemikir ekonomi masa hadapan.

Di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), kami komited untuk membina kerjasama strategik, mampan, dan berimpak tinggi bersama komuniti di peringkat tempatan, nasional, dan serantau. Kami berusaha mewujudkan serta memperkukuh hubungan jangka panjang dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), pemimpin tempatan, kumpulan akar umbi, dan masyarakat awam.

Jalinan kerjasama ini bertujuan untuk mewujudkan manfaat bersama yang dapat meningkatkan kesejahteraan masyarakat di samping memperkasakan peranan universiti dan fakulti kepada rakyat. Melalui hubungan komuniti yang erat, FEP memastikan kecemerlangan akademik diterjemahkan kepada penyelesaian berkesan yang menyumbang kepada keperluan sosioekonomi masyarakat setempat.

Kerjasama kami merangkumi pelbagai inisiatif termasuk pemindahan ilmu, penyelidikan berpaksikan komuniti, pemerkasaan sosial, dan program kesukarelawanan. Dengan berinteraksi secara langsung bersama penggerak masyarakat dan warga tempatan, kami memastikan inisiatif dan program fakulti sentiasa relevan, inklusif, dan responsif terhadap cabaran serta kelangsungan hidup komuniti semasa.

Melalui program khidmat masyarakat dan pembudayaan ilmu, kami memupuk pelajar serta staf akademik dengan nilai empati, kesedaran sivik, tanggungjawab sosial, dan kemahiran insaniah yang tinggi. Inisiatif ini digubal dan disesuaikan khusus agar sejajar dengan keperluan sebenar komuniti yang disantuni.

Selain itu, FEP turut menyediakan khidmat nasihat, bimbingan, dan pemindahan kepakaran kepada komuniti bagi menawarkan penyelesaian praktikal dalam aspek pembangunan keusahawanan sosial, peningkatan literasi kewangan, dan kelestarian taraf hidup.

Bersama komuniti, kami memacu inovasi sosial, memperkasa keupayaan masyarakat melalui pendidikan, dan mewujudkan impak sosioekonomi yang bermakna. Komitmen kami terhadap kecemerlangan dan libatsama masyarakat memastikan FEP terus menjadi peneraju dalam melahirkan graduan yang bukan sahaja pakar dalam ekonomi dan perniagaan, tetapi juga warga prihatin yang berbakti kepada negara dan masyarakat.

PERATUS KEBOLEH PASARAN GRADUAN

2021

PERATUS
0

2022

PERATUS
0

2023

PERATUS
0

2024

PERATUS
0

2025

PERATUS
0

LATIHAN INDUSTRI

Latihan Industri (LI) merupakan kursus yang WAJIB dipenuhi oleh pelajar untuk satu tempoh tertentu bagi memenuhi keperluan program dan syarat untuk bergraduasi.

Semasa mengikuti LI, pelajar akan berada di sebuah organisasi dan menjalankan tugas yang diberi oleh penyelia di organisasi yang sesuai dengan tujuan latihan. Dalam tempoh LI, pelajar akan diselia dan dinilai oleh dua orang penyelia iaitu Penyelia Akademik dan Penyelia Industri. Pelaksanaan LI ini berdasarkan ketetapan Kementerian Pengajian Tinggi sebagai syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda.

Selari dengan keperluan ini, FEP telah menjadikan LI sebagai salah satu kursus wajib untuk program Sarjana Muda Perakaunan, Sarjana Muda Ekonomi dan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan. Walaubagaimanapun, bagi Program Eksekutif Sarjana Muda Ekonomi dan Program Eksekutif Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan di bawah kelolaan UKMShape diberikan pengecualian. Bagi Program Eksekutif Sarjana Muda Perakaunan, pelajar tidak wajib menjalani LI tetapi akan digantikan dengan projek khas

Objektif LI FEP ialah:

  • Mendedahkan pelajar dengan persekitaran alam pekerjaan sesuai dengan bidang pengkhususan.
  • Membolehkan pelajar mendalami kemahiran amali di organisasi.
  • Membolehkan pelajar mengaplikasi teknologi baharu dalam industri.
  • Mengasah kemahiran insaniah profesional seperti kemahiran kerja berpasukan, kepimpinan kemahiran, etika & moral profesional, pembelajaran berterusan & pengurusan maklumat, kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis & menyelesaikan masalah di kalangan pelajar.
  • Memberi ruang kepada pelajar mempraktikkan konsep dan teori di tempat kerja.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku panduan berikut:

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi :

Sekretariat HEJIM
Fakulti of Ekonomi and Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia

Tel: 603 – 8921 5830
E-mel: jaringanfep@ukm.edu.my