Sejarah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM bermula dengan penubuhan Jabatan Ekonomi dan Perdagangan pada tahun 1970, iaitu pada tahun yang sama dengan penubuhan universiti ini. Nama “Fakulti Ekonomi dan Pengurusan” mencerminkan bidang utama dalam ekonomi, pengurusan perniagaan, dan perakaunan serta penyatuan ilmu pengetahuan dengan asas epistemologinya.
FEP-UKM menjadi fakulti terkemuka yang melahirkan pemimpin masa depan berprinsip untuk perniagaan dan masyarakat.
FEP-UKM membentuk graduan berprinsip yang bersedia untuk dunia pekerjaan serta berfikiran global melalui penglibatan industri dan masyarakat.





