Fakulti Ekonomi & Pengurusan

PUSAT PENGAJIAN PERAKAUNAN

Pusat Pengajian Perakaunan (PPP) komited melahirkan graduan berdaya saing, berintegriti dan profesional untuk persekitaran perniagaan global.

Pengenalan Pusat Pengajian Perakaunan

Pusat Pengajian Perakaunan (PPP), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan pusat pengajian yang menerajui pengajaran, penyelidikan dan pembangunan kepakaran dalam bidang perakaunan.

Pusat ini sebelum ini dikenali sebagai Pusat Kajian Governance, Reporting, Assurance and Compliance (GRACE) sebelum melalui penstrukturan semula bagi memperkukuh peranannya sebagai teras utama pengajian perakaunan di peringkat fakulti dan universiti.

PPP berperanan menyelaras program pengajian perakaunan di peringkat prasiswazah dan pascasiswazah, di samping menggiatkan aktiviti penyelidikan, perundingan serta pemindahan ilmu. Fokus pengajian kami merangkumi:

  • Pelaporan Kewangan
  • Audit dan Jaminan
  • Perakaunan Pengurusan
  • Tadbir Urus & Pematuhan

Misi

“Bertekad menjadi pusat pengajian terpilih dalam bidang perakaunan bagi mendukung perkembangan profesion perakaunan setanding dengan kelayakan antarabangsa.”

Matlamat Pusat Pengajian

Paksi kecemerlangan akademik dan pembentukan graduan berwibawa

Suasana Ilmiah

Mewujudkan suasana ilmiah yang memberangsangkan bagi perkembangan ilmu perakaunan serta memupuk sifat-sifat insaniah dalam kalangan ahli.

Kecemerlangan Akademik

Memupuk kecemerlangan dan kesarjanaan ahli akademik melalui pengajaran, penyelidikan, penerbitan dan perundingan dalam bidang perakaunan.

Graduan Beretika & Global

Melahirkan graduan yang beretika, berpengetahuan luas dalam persekitaran sosial, ekonomi dan perniagaan yang dinamik dan global, berkemahiran dalam ilmu perakaunan seiring dengan tuntutan profesyen, berketrampilan dan berfikiran kreatif.

CIMA & ACCA

Kerjasama dengan Chartered Institute of Management Accountants (CIMA) dan Association of Chartered Certified Accountants (ACCA).

STANDARD INDUSTRI

Kurikulum dirangka untuk membekalkan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran teknikal dan kompetensi yang memenuhi amalan terbaik antarabangsa.

UNIVERSITI PENYELIDIKAN

Komited melahirkan graduan berdaya saing dan menyumbang kepada pembangunan ilmu dan amalan perakaunan yang mampan.

Pengiktirafan Profesional dan Industri

Seiring dengan keperluan pengiktirafan profesional, Pusat Pengajian Perakaunan diperkasakan bagi menyokong penawaran program yang sejajar dengan kehendak badan profesional perakaunan antarabangsa.

SISTEM MAKLUMAT PERAKAUNAN
AUDIT
PERAKAUNAN DAN PELAPORAN KEWANGAN
PERCUKAIAN
PERAKAUNAN PENGURUSAN
SEKTOR AWAM
UNDANG - UNDANG