Fakulti Ekonomi & Pengurusan

SISWAZAH

SARJANA EKONOMI

Pengenalan

Program ini ditawarkan bagi memenuhi tuntutan keperluan semasa dalam bidang Ekonomi agar graduan dapat bersaing di peringkat global. Selaras dengan itu, program ini menyediakan pelajar dengan ilmu penyelidikan dan penulisan yang mantap.

Matlamat Program

Program ini bertujuan menyediakan graduan dengan ilmu ekonomi lanjutan bagi melahirkan graduan yang mahir daripada segi teori ekonomi, aplikasi empirik dan mampu menjalankan penyelidikan dengan baik, sesuai sebagai ahli akademik, penyelidik dan penggubal dasar.

Hasil Pembelajaran

Di akhir pengajian, graduan dapat:

a. Menunjukkan kepakaran secara sistematik dan mendalam berkenaan bidang ekonomi serta menguasai skil dan kaedah penyelidikan;

b. Menggunakan keupayaan untuk menghasil, membentuk, melaksana dan menerima pakai sebahagian besar dari proses penyelidikan dengan bijaksana;

c. Menjalankan penyelidikan yang memberi sumbangan asli bagi meluaskan sempadan pengetahuan melalui kajian yang telah dibentang dan dipertahankan berdasarkan amalan antarabangsa, dan penulisan dalam penerbitan berwasit;

d. Melakukan analisis yang kritis, menilai dan mensintesis idea baru; 

e. Berkomunikasi dengan komuniti bersepakaran dan masyarakat umum berkenaan bidang ekonomi;

f. Mempromosikan hasil penyelidikan dalam konteks keunikan sosial dan budaya pengurusan kepada masyarakat berilmu.

Syarat Kemasukan

Syarat kemasukan adalah seperti berikut:
a. Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian dengan PNGK 3.00 dari UKM atau institusi pengajian tinggi lain yang diiktiraf oleh Senat UKM; atau
b. Kelulusan lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian dengan PNGK 3.00 dari UKM atau institusi pengajian tinggi lain yang diiktiraf oleh Senat UKM; dan
c. Memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh program atau Fakulti; dan Syarat keperluan Bahasa Inggeris:
(i) Calon luar negara hendaklah memenuhi syarat keperluan Bahasa Inggeris seperti berikut:  
Jenis Ujian Skor Minima
HEET
IELTS
MUET
TOEFL iBT
TOEFL ITP
Pearson PTE Academic
CIEP
CEQ B2 First
7.0
6.0
4.5
60
627
46
109
179

Struktur Program

Bagi calon luar negara yang akan menulis tesis/disertasi dalam Bahasa Melayu/Bahasa Arab boleh dikecualikan daripada syarat yang dinyatakan dalam subperaturan 5(1)(a) tetapi calon itu hendaklah mengambil Ujian Kecekapan Bahasa Inggeris (UKBI) dan sekiranya dia tidak melepasi tahap yang ditetapkan oleh program, calon dikehendaki mengikuti dan lulus Modul Kemahiran Bahasa Inggeris (MKBI). 

ii. Calon luar negara yang memiliki kelayakan akademik yang diperoleh dari mana-mana universiti tempatan yang diiktiraf oleh Senat boleh dikecualikan daripada syarat yang dinyatakan dalam subperaturan 5(1)(a) tetapi calon itu hendaklah mengambil Ujian Kecekapan Bahasa Inggeris (UKBI) dan sekiranya dia tidak melepasi tahap yang ditetapkan oleh program, calon dikehendaki mengikuti dan lulus Modul Kemahiran Bahasa Inggeris (MKBI).

iii. Fakulti/Institut boleh memberi pengecualian kepada syarat yang dinyatakan dalam subperaturan 5(1) kepada calon luar negara yang berasal dari negara yang Bahasa Inggeris adalah Bahasa rasminya atau yang memiliki kelayakan akademik yang diperoleh dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa pengantar.

Bentuk Pendaftaran dan Tempoh Pengajian
a. 3 – 6 semester (Sepenuh masa)
b. 4 – 8 semester (Separuh masa)

Calon hendaklah mengikuti dan lulus 40 kredit kursus yang terdiri daripada komponen berikut:
 
Jenis Kursus Jam Kredit
Kursus Teras
Kursus Wajib Modul
Kursus Elektif
Kertas Ilmiah
Jumlah
12
12
8
8
40

Syarat Pengurniaan Ijazah

a. Memenuhi semua kehendak Peraturan Universiti Kebangsaan Malaysia (Pengajian Siswazah) 2021

b. Mencapai PNGK akhir sekurang-kurangnya 3.00;

c. Menyempurnakan bilangan kredit seperti yang ditetapkan program;

d. Memenuhi syarat penerbitan yang ditetapkan oleh Fakulti, iaitu sekurang-kurangnya satu (1) prosiding seminar/ persidangan dan pembentangan. Penerbitan hendaklah diterbitkan bersama Penyelia Utama dan Kedua/Jawatankuasa Penyeliaan. Pelajar yang menerbit artikel dalam jurnal dikecualikan daripada syarat ini; *Penerbitan berkaitan penyelidikan semasa memenuhi syarat keperluan Bahasa Melayu bagi pelajar luar negara seperti yang ditetapkan oleh Universiti;

e. Diperakukan oleh Jawatankuasa Pemeriksa Pascasiswazah untuk kelulusan Senat;

f. Telah memulangkan semua harta benda Universiti;

g. Telah melangsaikan hutang dan menjelaskan segala bayaran yang ditetapkan kepada Universiti.

SARJANA EKONOMI ISLAM

Pengenalan

Program ini direka untuk melahirkan graduan yang mahir bukan sahaja daripada segi teori ekonomi Islam, tetapi juga mengaplikasi teori tersebut dalam perbankan dan kewangan Islam. Program Sarjana Ekonomi Islam menekankan kepada konsep ekonomi daripada perspektif syariah.

Matlamat Program

Matlamat program ini adalah untuk:
a. Melahirkan graduan ekonomi dan kewangan Islam yang mengenal Pencipta.
b. Melahirkan graduan ekonomi dan kewangan Islam yang kompeten dari segi pengetahuan, kemahiran insaniah dan penyelidikan bagi memenuhi keperluan industri luar dan dalam negara tanpa mengenepikan akhlak yang baik dan nilai-nilai murni.
c. Melahirkan graduan ekonomi dan kewangan Islam yang boleh memacu Malaysia menjadi pusat rujukan bagi bidang-bidang ini.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir program pengajian, graduan seharusnya boleh:
a. Berupaya menguasai bidang ekonomi dan kewangan Islam.
b. Berkebolehan untuk mengaplikasikan kemahiran yang diperolehi dalam bidang ekonomi dan kewangan Islam serta penyelidikan.
c. Mampu menjana ilmu yang diperolehi melalui penyelidikan ke arah penyelesaian isu-isu masyarakat dalam bidang ekonomi dan kewangan Islam serta silang disiplin selaras dengan budaya dan nilai kebangsaan.
d. Menjalankan penyelidikan dengan penyeliaan yang minimum, mematuhi etika penyelidikan dan menyampaikan hasil kajian dengan jelas.
e. Mempamerkan kualiti kepimpinan melalui komunikasi dan kerjasama secara berkesan dengan rakan-rakan dan pihak yang berkepentingan (pemegang taruh).
f. Mengintegrasi dan mensintesis pengetahuan melalui pembacaan dan penyelidikan bagi menghasilkan penyelesaian kepada masalah.
g. Mempamerkan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat dan pembelajaran kendiri

Syarat Kemasukan

Syarat kemasukan adalah seperti berikut:
a. Ijazah Sarjanamuda Ekonomi dengan Kepujian dengan PNGK 3.00 dari UKM atau institusi pengajian tinggi lain yang diiktiraf oleh Senat UKM; atau
b. Kelulusan lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjanamuda Ekonomi dengan Kepujian dengan PNGK 3.00 dari UKM atau institusi pengajian tinggi lain yang diiktiraf oleh Senat UKM; dan
c. Memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh program atau Fakulti; dan

Jenis ujian

HEET
IELTS
MUET
TOEFL iBT 
TOEFL ITP
Pearson PTE Academic
CIEP 
CEQ B2 First 

Skor minima

7.0
6.0 
4.5 
60 
627
46 
109
179

Bentuk Pendaftaran dan Tempoh Pengajian
a. Sepenuh masa (tiga (3) hingga enam (6) semester)*
b. Separuh masa (dua (4) hingga lapan (8) semester)*

* Semua kuliah dijalankan pada hari dan waktu bekerja.

Struktur Program

Calon hendaklah mengikuti dan lulus 40 kredit kursus yang terdiri daripada komponen berikut:

Jenis Kursus

Kursus Wajib Fakulti
Kursus Wajib Program
Kursus Wajib Modul
Kursus Elektif
Kertas Ilmiah
Jumlah

Jam Kredit

3
20
12 

6
45

Syarat Pengurniaan Ijazah

Syarat pengijazahan adalah seperti berikut:
a. Lulus dengan mencapai PNGK terakhir ≥3.00;
b. Lulus Kertas Ilmiah;
c. Menyempurnakan bilangan kredit seperti yang ditetapkan program;
d. Memenuhi syarat manuskrip yang sedia diterbitkan; dan
e. Memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Universiti.

SARJANA PERAKAUNAN

Pengenalan

Program Sarjana Perakaunan bertujuan melengkapkan pelajar dengan kefahaman dan kemahiran yang dikehendaki oleh industri dan sektor awam. Program ini disasarkan kepada golongan profesional yang merupakan pengamal perakaunan dan pendokong pentadbiran dalam sesebuah organisasi. Modul pengkhususan yang ditawarkan, serta penekanan kepada aspek amalan perakaunan dapat membina integriti, akauntabiliti dan urus tadbir yang baik di kalangan pengamal industri. Tambahan pula, pengetahuan perakaunan merupakan salah satu asas penting dalam pembentukan tadbir urus organisasi.

Matlamat Program

Matlamat program ini adalah untuk melahirkan graduan yang:
a. mempunyai pengetahuan dan kemahiran peringkat lanjutan berkaitan dengan teori, prinsip dan amalan perakaunan,
b. mempunyai kemahiran dalam mengaplikasi ilmu perakaunan,
c. berupaya memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara kendiri melalui kursus dan projek yang memenuhi keperluan industri,
d. bersikap profesional serta beretika dalam memenuhi tanggungjawab kepada tuhan dan masyarakat.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir program pengajian, graduan seharusnya boleh:

a. Menunjukkan pemahaman dan penguasaan dalam bidang perakaunan
b. Mengaplikasi teori dan amalan perakaunan ke dalam dunia pekerjaan secara holistik dan berkesan
c. Menggunakan kefahaman bidang perakaunan untuk menyelesaikan masalah dalam konteks situasi semasa
d. Mempamerkan kefahaman penyelidikan dalam menilai dan membuat keputusan dengan mengambil kira tanggungjawab sosial dan nilai etika
e. Mempamerkan tahap profesionalisme yang tinggi serta menunjukkan daya saing yang dinamik
f. Menghasilkan penyelesaian kepada permasalahan menggunakan kemahiran perakaunan secara kritis
g. Mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat

Syarat Kemasukan

Syarat kemasukan adalah seperti berikut:

a. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian dengan PNGK sekurang-kurangnya 3.00 dari UKM atau institusi pengajian tinggi lain yang diiktiraf oleh Senat UKM; atau
b. Ijazah Sarjana Muda pengkhususan dalam perakaunan dengan kepujian atau kelulusan lain yang setara yang diiktiraf oleh Senat UKM; atau
c. Kelayakan penuh profesional yang setara dengan Ijazah Sarjana Muda dan diiktiraf oleh Senat UKM; dan
d. Memenuhi syarat lain yang ditetapkan oleh program atau Fakulti; dan
e. Pemohon luar negara perlu memenuhi keperluan Bahasa Inggeris seperti berikut:

Jenis Ujian

HEET
IELTS
MUET
TOEFL iBT 
TOEFL (Essentials)
Pearson PTE Academic
CIEP 
CEQ B2 First 

Skor Minima

7.0
6.0 
4.5 
60 
9
46 
109
179

Bentuk Pendaftaran dan Tempoh Pengajian

a. Sepenuh masa: tiga (3) hingga enam (6) semester*
b. Separuh masa: empat (4) hingga lapan (8) semester*

* Semua kuliah dijalankan pada hari dan waktu bekerja.

Struktur Program

Calon hendaklah mengikuti dan lulus komponen yang terdiri daripada berikut:

Jenis Kursus

Kursus Wajib Fakulti
Kursus Wajib Pusat
Kursus Wajib Modul
Kursus Wajib Program
Kursus Elektif
Jumlah

Jam Kredit

3

16 

12
45

Syarat Pengurniaan Ijazah

Syarat Pengurniaan Ijazah
Syarat pengijazahan adalah seperti berikut:
a. Lulus dengan mencapai PNGK terakhir ≥3.00;
b. Lulus kertas projek;
c. Menyempurnakan bilangan kredit seperti yang ditetapkan program;
d. Memenuhi syarat manuskrip yang sedia diterbitkan; dan
e. Memenuhi syarat lain yang ditetapkan oleh Universiti.

SARJANA PERDAGANGAN

Pengenalan

Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk menjalankan aktiviti penyelidikan, penulisan dan penerbitan menggunakan pendekatan multidisiplin. Program ini dijangka dapat memenuhi keperluan sumber manusia yang holistik, mempunyai pengetahuan dan kemahiran tinggi dalam bidang pengkhususan dan penyelidikan dan seterusnya mampu memacu negara ke arah negara maju.
Terdapat enam (6) bidang penyelidikan utama yang ditawarkan iaitu:

  1. Ekonomi
  2. Ekonomi Islam
  3. Perakaunan
  4. Pengurusan
  5. Keusahawanan
  6. Kewangan

Matlamat Program

Matlamat program adalah untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan penyelidikan secara mendalam dan terfokus dalam bidang pengajian Ekonomi, Ekonomi Islam, Perakaunan, Pengurusan, Keusahawanan atau Kewangan. Antara matlamat lain program ini adalah untuk mendedahkan pelajar kepada pendekatan penyelidikan secara sistematik dan beretika serta menyumbang kepada pengembangan pengetahuan dan amalan.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir program pengajian, graduan seharusnya boleh:

a. Menilai secara kritikal penulisan dalam bidang Ekonomi, Ekonomi Islam, Perakaunan, Pengurusan, Keusahawanan atau Kewangan.
b. Mengaplikasi kaedah penyelidikan yang bersesuaian.
c. Melaksanakan penyelidikan yang memberi impak dari segi sosial, ekonomi dan kesejahteraan masyarakat.
d. Melaksanakan penyelidikan dengan penyeliaan yang minimal serta patuh kepada peraturan, etika dan amalan professional.
e. Mempamerkan kualiti kepimpinan melalui komunikasi berkesan dengan pihak berkepentingan dan di kalangan penyelidik serta mengamalkan semangat kerja berpasukan
f. Menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif dan kualitatif bagi menganalisa data untuk penyelesaian masalah secara saintifik
g. Mengumpul dan mengurus maklumat bagi pembelajaran sepanjang hayat.

Syarat Kemasukan

Syarat kemasukan adalah seperti berikut:

a. Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dengan PNGK sekurang-kurangnya 3.33 dari UKM atau institusi pengajian tinggi lain yang diiktiraf oleh Senat UKM; atau
b. Kelayakan lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda atau mempunyai kelayakan lain dengan pengalaman yang diiktiraf oleh Senat; atau
c. Memenuhi syarat lain yang ditentukan oleh Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM dari masa ke masa.
d. Pemohon luar negara perlu memenuhi keperluan Bahasa Inggeris seperti berikut:

Jenis Ujian

HEET
IELTS
MUET
TOEFL iBT 
TOEFL (Essentials)
Pearson PTE Academic
CIEP 
CEQ B2 First 

Skor Minima

7.0
6.0 
4.5 
60 
9
46 
109
179

Bentuk Pendaftaran dan Tempoh Pengajian

a. Sepenuh masa: tiga (3) hingga enam (6) semester*
b. Separuh masa: empat (4) hingga lapan (8) semester*

* Semua kuliah dijalankan pada hari dan waktu bekerja

Struktur Program

Program ini menyediakan pelajar untuk menjalankan penyelidikan ilmiah yang berkualiti dari segi akademik dan relevan kepada industri. Terdapat enam (6) bidang tujahan utama yang ditawarkan iaitu Ekonomi, Ekonomi Islam, Perakaunan, Pengurusan, Keusahawanan dan Kewangan.

Calon hendaklah mengikuti dan lulus semua kursus prasyarat.

Syarat Pengurniaan Ijazah

Syarat pengijazahan adalah seperti berikut:
a. Pelajar perlu menyempurnakan dan lulus semua kursus prasyarat yang ditetapkan;
b. Pelajar perlu membentang dan lulus pembentangan kertas cadangan penyelidikan;
c. Pelajar perlu lulus peperiksaan lisan;
d. Pelajar perlu menerbitkan sekurang-kurangnya satu (1) makalah dalam jurnal berwasit dan berindeks WOS/Scopus/ERA/tersohor dalam bidang berkaitan DAN satu (1) makalah prosiding berkaitan penyelidikan Sarjana bersama Jawatankuasa Penyelia yang telah dilantik;
e. Pelajar perlu memenuhi syarat lain yang ditetapkan oleh Universiti.

SARJANA PENTADBIRAN AWAM DAN KEPIMPINAN

Pengenalan

Program Sarjana Pentadbiran Awam dan Kepimpinan (SPeAK) merupakan gabungan kursus-kursus yang dikendalikan oleh Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) dan fakulti/pusat lain dalam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang diuruskan oleh Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional (UKMShape). Program ini bertujuan memantapkan ilmu pengurusan kepada mereka yang terlibat dalam pentadbiran dan pengurusan organisasi sama ada di sektor awam atau swasta. Sistem blok diguna pakai bagi menunjukkan perbezaan pelbagai tahap kompetensi dalam struktur program. Program ini dibentuk berdasarkan enam (6) blok kursus yang perlu diambil oleh pelajar. Pelajar perlu mengambil semua kursus dalam blok 1, 2 dan 3, dan kursus-kursus pilihan dalam blok 4. Dalam blok 5, pelajar boleh memilih kursus-kursus rentas ilmu mengikut keperluan pembangunan kerjaya pelajar. Blok 6 adalah projek penyelidikan sarjana yang diwajibkan kepada semua pelajar.

Matlamat Program

Matlamat program Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dan Kepimpinan ini bertujuan untuk membangunkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan profesional yang mengamalkan pengetahuan yang terkini di dalam bidang yang diceburi sejajar dengan konsep pendidikan sepanjang hayat.
Program ini dilaksanakan bagi mencapai objektif untuk melahirkan:

i. pemimpin/pentadbir yang kompeten dan profesional dalam organisasi.

ii. pemimpin/pentadbir yang berwawasan, beretika, dan inovatif dalam menjalankan tanggungjawab pengurusan.

iii. pemimpin/pentadbir yang berupaya untuk memimpin organisasi ke arah pencapaian matlamat organisasi.

iv. pemimpin/pentadbir yang berupaya membuat keputusan menggunakan kemahiran penyelidikan dan analisis maklumat.

Syarat-Syarat Kemasukan

● Ijazah sarjana muda dari universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat UKM; dan

● Sedang berkhidmat di mana-mana organisasi; dan

● Mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman kerja

Bentuk Pendaftaran dan Tempoh Pengajian
Sepenuh masa (tiga (3) hingga enam (6) semester)
Separuh masa (empat (4) hingga lapan (8) semester)

SARJANA KEUSAHAWANAN DAN INOVASI

Pengenalan

Program ini diperkenalkan untuk menghasilkan graduan daripada pelbagai bidang agar mampu meneroka, mencipta dan mengeksploitasi peluang-peluang usaha niaga baru atau memperbaharui usaha niaga sedia ada. Program ini dibangunkan mengikut konsep “Triple Helix” iaitu gabungan kepakaran universiti, industri/usahawan dan agensi sokongan keusahawanan negara yang merupakan platform untuk pelajar bertukar-tukar idea mengenai persekitaran perniagaan, khususnya melibatkan keusahawanan dan inovasi.

Matlamat Program

a. Merealisasikan hasrat kerajaan bagi melahirkan guna tenaga berilmu pengetahuan, berdaya saing dan berinovasi.
b. Menyokong arus perubahan Universiti ke arah memperkasakan penyelidikan, pendidikan dan khidmat masyarakat.
c. Memupuk kesarjanaan bidang keusahawanan dan inovasi dalam kalangan pelajar dan ahli akademik.
d. Melahirkan graduan dan ahli akademik yang memiliki sifat-sifat keusahawanan dan inovatif.

Hasil Pembelajaran

a. Menilai secara kritis teori dan konsep keusahawanan dan inovasi.
b. Mengaplikasi teori dan konsep keusahawanan dan inovasi dalam pembuatan keputusan dalam persekitaran perniagaan.
c. Mengenalpasti isu dan mencari penyelesaian melalui penyelidikan dengan mengambil kira aspek perundangan dan tanggungjawab sosial.
d. Mengenalpasti isu dan mencari penyelesaian melalui penyelidikan dengan mengambil kira aspek etika dan profesional.
e. Mempamerkan kualiti kepimpinan dan pengurusan melalui komunikasi dan kerjasama berpasukan yang berkesan
f. Menggunakan kemahiran pemikiran kritikal, kreatif dan inovatif dalam menjana alternatif penyelesaian masalah.
g. Mempamerkan kemahiran dan prinsip keusahawanan dalam pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan kerjaya

Syarat Kemasukan

Syarat kemasukan adalah seperti berikut:
a. Ijazah Sarjana Muda atau setara dengannya, dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.75, seperti yang diterima oleh Senat PPT; atau
b. Ijazah Sarjana Muda atau setara dengannya, dengan minimum PNGK 2.50 tetapi tidak mencapai PNGK 2.75, boleh diterima masuk tertakluk kepada penilaian dalaman yang rapi; atau
c. Ijazah Sarjana Muda atau yang setara dengannya yang tidak mencapai PNGK 2.50, boleh diterima masuk tertakluk kepada sekurang-kurangnya lima (5) tahun pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan,
d. Kelulusan dan kelayakan lain yang setaraf dengan kelulusan (a), (b) atau © yang diiktiraf oleh Senat
e. Bagi pelajar luar negara, Syarat Kompetensi Bahasa Inggeris adalah seperti berikut:

Jenis Ujian

HEET
IELTS
MUET
TOEFL iBT 
TOEFL (Essentials)
Pearson PTE Academic
CIEP 
CEQ B2 First 

Skor Minima

7.0
6.0 
4.5 
60 
9
46 
109
179

Bentuk Pendaftaran dan Tempoh Pengajian
3 – 6 semester (Sepenuh masa)
4 – 8 semester (Separuh masa)

* Semua kuliah dijalankan pada hari dan waktu bekerja.

Kaedah:
Kerja Kursus

Struktur Program

Mod Kerja Kursus (45 unit)

Syarat Pengurniaan Ijazah

Syarat pengijazahan adalah seperti berikut:
Memenuhi semua kehendak Peraturan Universiti Kebangsaan Malaysia (Pengajian Siswazah) 2021
a. Mencapai PNGK akhir sekurang-kurangnya 3.00;
b. Menyempurnakan bilangan kredit seperti yang ditetapkan program;
c. Memenuhi syarat keperluan Bahasa Melayu bagi pelajar luar negara seperti yang ditetapkan oleh Universiti;
d. Diperakukan oleh Jawatankuasa Pemeriksa Siswazah untuk kelulusan Senat;
e. Telah memulangkan semua harta benda Universiti;
f. Telah melangsaikan hutang dan menjelaskan segala bayaran yang ditetapkan kepada Universiti.

DOKTOR FALSAFAH (EKONOMI)

(Mod Kerja Kursus dan Penyelidikan)

Pengenalan

Program ini ditawarkan bagi memenuhi tuntutan keperluan semasa dalam bidang Ekonomi agar graduan dapat bersaing di peringkat global. Selaras dengan itu, program ini menyediakan pelajar dengan ilmu penyelidikan dan kemahiran penulisan akademik yang lebih mantap.
Program ini bertujuan menghasilkan graduan untuk menjadi ahli ekonomi berkemampuan tinggi supaya mereka dapat menjana dan menyampaikan ilmu dalam bidang ekonomi.

Matlamat Program

Matlamat program ini adalah untuk:

a. Melahirkan graduan kompeten yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mantap dalam bidang ekonomi;
b. Melahirkan graduan yang mempunyai sikap yang profesional serta beretika dalam memenuhi tanggungjawab kepada Tuhan dan masyarakat; dan
c. Mengembangkan kompetensi dan bidang kajian yang dipilih.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir program pengajian, graduan seharusnya boleh:

a. Mensintesis pengetahuan yang sistematik dan mendalam dalam bidang ekonomi serta memperluaskan kemahiran mengendalikan penyelidikan yang berkualiti;
b. Mengadaptasi kepakaran dan keupayaan dalam membentuk permodelan ekonomi yang lebih inovatif dan kreatif sesuai dengan keadaan ekonomi sebenar;
c. Menghasilkan penyelidikan untuk memberi manfaat dari segi sosial, ekonomi dan kesejahteraan masyarakat;
d. Menjalankan penyelidikan yang memberi sumbangan yang asli bagi meluaskan hasil kajian setanding di peringkat antarabangsa dan patuh kepada etika dan amalan profesionalisme;
e. Mempamer penyelidikan yang berkualiti, dan kerjasama secara berkesan dengan pembuat dasar dan pihak berkepentingan;
f. Menangani permasalahan sosial dan ekonomi secara kritikal dan saintifik dengan menggunakan maklumat dan kepakaran;
g. Mengumpul dan menerbit hasil penyelidikan dalam bidang kepakaran untuk pembelajaran sepanjang hayat.

Syarat Kemasukan

Syarat kemasukan adalah seperti berikut:

▪ Ijazah Sarjana dari Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat; atau
▪ Kelayakan lain yang setaraf dengan Ijazah atau mempunyai kelayakan lain dengan pengalaman yang diiktiraf oleh Senat; atau
▪Calon yang sedang mengikuti program Sarjana mod penyelidikan secara sepenuh masa di Universiti dan diperakukan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti / Pusat Siswazah untuk menukar status kepada program Ijazah Kedoktoran dengan kelulusan Dekan Fakulti/ Pengarah Institut; dan
▪ Memenuhi syarat-syarat lain yang ditentukan oleh Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM dari semasa ke semasa.

Ijazah Sarjana (Lulusan Tempatan)
– Ijazah Sarjana dalam bidang yang bersesuaian
– PNGK sekurang-kurangnya 3.00/4.00
– Pengalaman kerja berkaitan dengan pengiraan 1 tahun = 0.1 PNGK

Ijazah Sarjana (Lulusan Antarabangsa)
– Ijazah Sarjana dalam bidang yang bersesuaian
– PNGK sekurang-kurangnya 3.00/4.00; atau 70/100; atau 16/20; atau 4.00/5.00; atau 50/100 (universiti tersohor Top 200)
– Pengalaman kerja berkaitan dengan pengiraan 1 tahun = 0.1 PNGK

Calon antarabangsa hendaklah memenuhi syarat keperluan Bahasa Inggeris seperti berikut:

Jenis Ujian

HEET
IELTS
MUET
TOEFL iBT 
TOEFL (Essentials)
Pearson PTE Academic
CIEP 
CEQ B2 First 

Skor Minima

7.0
6.0 
4.5 
60 
9
46 
109
179

Bentuk Pendaftaran dan Tempoh Pengajian
a. 3 – 6 semester (Sepenuh masa)
b. 4 – 8 semester (Separuh masa)

Struktur Program

Calon hendaklah mengikuti dan lulus 40 kredit kursus yang terdiri daripada komponen berikut:  
Mod Campuran (3 tahun)*:

Jenis KursusJam Kredit
Kursus Wajib Fakulti
Kursus Wajib Program
Kursus Elektif
Disertasi 
Jumlah
3
12
12
53
80

*Tesis dinilai oleh Pemeriksa Dalam dan Pemeriksa Luar

DOKTOR FALSAFAH

(Mod Penyelidikan)

Pengenalan

Program ini menggunakan pendekatan multidisiplin dalam aktiviti penyelidikan, penulisan dan penerbitan. Dengan itu, program ini dijangka dapat memenuhi keperluan tenaga manusia yang holistik, yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran tinggi bidang pengkhususan dan penyelidikan yang seterusnya mampu memacu negara ke arah negara maju.

Selari dengan hala tuju pendidikan tinggi negara yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 bagi mencapai antaranya kesohoran global dalam pendidikan tinggi, program ini dijangka dapat meningkatkan kebolehlihatan, pengiktirafan, kecemerlangan dan pengembangan program PhD dan Sarjana UKM dan seterusnya dapat meningkatkan dan memartabatkan sistem pendidikan tinggi negara.

Sejajar dengan hala tuju pendidikan tinggi negara juga, program ini dijangka dapat melahirkan penyelidik bereputasi tinggi yang mempunyai produktiviti dan impak sitasi yang tinggi yang dapat membantu meningkatkan kedudukan universiti dan seterusnya mampu untuk menarik, membangun dan mengekalkan bakat berkualiti tinggi.

Program ini juga adalah setara dengan program seumpama yang ditawarkan di universiti-universiti terkemuka luar negara. Terdapat empat (4) bidang penyelidikan utama yang ditawarkan iaitu ekonomi, perakaunan, pengurusan dan keusahawanan. Empat (4) bidang ini dipecahkan lagi kepada beberapa bidang pengkhususan yang akan menyerlahkan bidang kepakaran FEP dan UKM dalam penyelidikan selaras dengan status Universiti Penyelidikan (RU).

Matlamat Program

Matlamat program ini adalah untuk:

a. Melahirkan graduan kompeten yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran mantap dalam bidang
b. Membentuk kompetensi dan kepakaran penyelidikan; dan
c. Melahirkan graduan yang mempunyai sikap profesional serta beretika.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir program pengajian, graduan seharusnya boleh:

a. Mensintesis pengetahuan dan menyumbang kepada penyelidikan asli yang memperluas sempadan ilmu dalam bidang kepakaran;
b. Mengadaptasi kemahiran praktikal menjurus kepada idea inovatif untuk memberi pendedahan dalam bidang kepakaran;
c. Menghasil dan menerbitkan karya asli dalam bidang kepakaran untuk manfaat komuniti dan industri.
d. Menjalankan penyelidikan secara bebas dan patuh kepada perundangan, etika dan kod amalan profesional;
e. Mempamerkan kualiti kepimpinan melalui komunikasi dan kerjasama berkesan dalam kalangan penyelidik dan pihak berkepentingan;
f. Menangani permasalahan dalam bidang secara kritikal menggunakan kemahiran pengurusan maklumat secara saintifik
g. Menyepadu maklumat untuk pembelajaran sepanjang hayat.

Syarat Kemasukan

Syarat kemasukan adalah seperti berikut:

Syarat kemasukan adalah seperti berikut:

▪ Ijazah Sarjana dari Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat; atau
▪ Kelayakan lain yang setaraf dengan Ijazah atau mempunyai kelayakan lain dengan pengalaman yang diiktiraf oleh Senat; atau
▪ Calon yang sedang mengikuti program Sarjana mod penyelidikan secara sepenuh masa di Universiti dan diperakukan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti / Pusat Siswazah untuk menukar status kepada program Ijazah Kedoktoran dengan kelulusan Dekan Fakulti/ Pengarah Institut; dan
▪ Memenuhi syarat-syarat lain yang ditentukan oleh Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM dari semasa ke semasa.

Ijazah Sarjana (Lulusan Tempatan)
– Ijazah Sarjana dalam bidang yang bersesuaian
– PNGK sekurang-kurangnya 3.50/4.00
– Pengalaman kerja berkaitan dengan pengiraan 1 tahun = 0.1 PNGK

Ijazah Sarjana (Lulusan Antarabangsa)
– Ijazah Sarjana dalam bidang yang bersesuaian
– PNGK sekurang-kurangnya 3.50/4.00; atau 80/100; atau17/20; atau 4.50/5.00; atau 60/100 (universiti tersohor Top 200)
– Pengalaman kerja berkaitan dengan pengiraan 1 tahun = 0.1 PNGK

Calon antarabangsa hendaklah memenuhi syarat keperluan Bahasa Inggeris seperti berikut:

Jenis Ujian

HEET
IELTS
MUET
TOEFL iBT 
TOEFL Essentials (Online)
Pearson Test of English (PTE Academic )
IELS / Certified Intensive English Programme Level (CIEP Level) 
Cambridge English Qualifications (CEQ B2 First)

Skor Minima

7.0
6.0 
Band 4.5 
60 
9
46  

109

179

Bentuk Pendaftaran dan Tempoh Pengajian
Sepenuh masa (enam (6) hingga dua belas (12) semester) *
Separuh masa (lapan (8) hingga empat belas (14) semester) *

* Semua kuliah dijalankan pada hari dan waktu bekerja

Struktur Program

Calon hendaklah mengikuti dan lulus semua komponen seperti berikut:
– lulus kursus Prasyarat yang ditetapkan
– lulus dalam pembentangan cadangan penyelidikan;
– lulus peperiksaan lisan peringkat doktor falsafah.

Syarat Pengurniaan Ijazah

● Pelajar perlu menyempurnakan dan lulus semua kursus prasyarat yang ditetapkan
● Pelajar perlu membentang dan lulus pembentangan kertas cadangan penyelidikan
● Pelajar perlu lulus pemeriksaan tesis dan lisan
● Pelajar perlu menerbitkan sekurang-kurangnya dua (2) makalah dalam jurnal berindeks WoS/ Scopus/ Era/ tersohor dalam bidang berkaitan dengan penyelidikan Doktor Falsafah bersama Jawatankuasa Penyelia yang diiktiraf oleh JK Pengajian Siswazah
● Pelajar perlu memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Universiti

Hubungi Kami

Prof. Madya Dr. Ruhanita Maelah

Ketua Program Siswazah
Doktor Falsafah

Emel: ruhanita@ukm.edu.my

Dr. Hamezah Md Nor

Ketua Program Siswazah
Sarjana Perakaunan, Sarjana Keusahawanan dan Inovasi, dan Sarjana Perdagangan

Emel: miezah@ukm.edu.my

Dr. Abdul Hafizh Mohd Azam

Ketua Program Siswazah
Sarjana Ekonomi, Sarjana Ekonomi Islam dan Doktor Falsafah (Ekonomi)

Emel: hafizhazam@ukm.edu.my

Penyelaras Program

Encik Ishak Abd Rahman

Penyelaras Program
Sarjana Pentadbiran Awam dan Kepimpinan (SPeAK)

Emel: haq@ukm.edu.my

Dr. Wye Chung Khain

Penyelaras Program Antarabangsa
Sarjana dan Doktor Falsafah

Emel: wyeck@ukm.edu.my