Bengkel Pengurusan Projek Penyelidikan FKAB

BENGKEL PENGURUSAN PROJEK PENYELIDIKAN FKAB 2026
Tarikh: 28 Januari 2026 (Rabu)
Masa: 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat Perdana, Bangunan Pentadbiran FKAB
Penceramah: Prof. Madya Ir. Dr. Abang Annuar Ehsan (Felo Penyelidik, IMEN UKM)
Program ini merupakan anjuran Sekretariat Hal Ehwal Penyelidikan & Inovasi FKAB. Bengkel ini amat signifikan kerana pengurusan projek yang berkesan bukan sahaja memastikan penyelidikan dilaksanakan mengikut skop, masa dan sumber, malah membantu penyelidik membezakan dengan jelas antara metodologi penyelidikan dan pengurusan projek, selari dengan amalan terbaik pengurusan penyelidikan semasa. Melalui pengisian bengkel ini, para peserta telah didedahkan kepada prinsip asas pengurusan projek, pengurusan skop dan jadual, serta penggunaan perisian ProjectLibre sebagai alat perancangan dan pemantauan projek penyelidikan secara praktikal. Pendekatan ini amat bersesuaian dengan keperluan semasa penyelidik FKAB dalam mengurus geran, pasukan penyelidikan dan garis masa projek dengan lebih berkesan.
Semoga bengkel ini memberi manfaat kepada para penyelidik FKAB.








