INSPIRA 2026

15 January 2026 – Penglibatan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) sebagai pempamer di Karnival Perkhidmatan Instrumentasi dan Makmal UKM (INSPIRA) 2026 yang berlangsung pada 15 Januari 2026 (Khamis) bertempat di Dewan Tun Abdullah Mohamad Salleh (DTAMS), UKM telah berjaya menampilkan kepelbagaian kepakaran dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh fakulti.

FKAB menawarkan pelbagai perkhidmatan instrumentasi dan makmal merangkumi pengujian bahan, analisis sampel, fabrikasi percetakan 3D, rundingan reka bentuk profesional, serta kemudahan studio seni bina, yang melibatkan semua jabatan di FKAB.
Setinggi penghargaan kepada Dekan FKAB Prof Dr. Zainuddin Sajuri, TDHEPI Prof. Ir. Dr. Norhana Arsad, Ketua CESPRO Prof. Ir. Dr. Hassimi A Hasan, Ketua Pentadbiran Cik Najatulmuna Hamdan, Dr. Farizah Ansarudin dan semua Pegawai serta kakitangan FKAB terlibat selaku JK Taskforce Pameran FKAB. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa Taskforce FKAB atas kerjasama erat, komitmen tinggi dan dedikasi sepanjang menjayakan penyertaan pameran INSPIRA UKM 2026.