Jalinan Kasih Ramadan FKAB

Jalinan Kasih Ramadan FKAB 2026
Program Jalinan Kasih Ramadan 2026 yang telah berlangsung dengan penuh ukhwah dan keberkatan pada 6 Mac 2026 di Courtyard FKAB, Bangunan Pentadbiran, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia. Program ini menghimpunkan warga FKAB bersama anak-anak yatim dalam suasana penuh kasih sayang dan kebersamaan sempena bulan Ramadan yang mulia. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Prof. Dr. Bariah Mohd Ali, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat) UKM dan Prof. Dr. Zainuddin Sajuri, Dekan FKAB. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Prof. Madya Ir. Dr. Wanna Hanna Melini Wan Mohtar, Timbalan Dekan HEJIM FKAB dan Prof. Madya Ir. Dr. Shuhaida Harun, Timbalan Dekan Prasiswazah FKAB, Cik Najatulmuna Hamdan, Ketua Pentadbiran FKAB, Prof. Norhamidi Muhamad, Prof. Dr. Mariyam Jameelah Ghazali, Prof. Dr. Norbahiah Misran, barisan Pengurusan FKAB dan tetamu-tetamu jemputan.
Program ini turut meraikan anak-anak daripada tiga buah rumah kebajikan iaitu:
  1. Rumah Bakti Al-Kausar
  2. Rumah Pengasih Warga Prihatin
  3. Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim/Miskin Rukaiyah
Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada Dr. Nashrah Hani Jamadon, Penyelaras Komuniti FKAB, Sekretariat HEJIM, penyelaras-penyelaras komuniti, KESUTRA FKAB dan PEMATRA FKAB atas penganjuran hebat yang mengeratkan hubungan universiti dengan komuniti. Semoga program seperti ini terus menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim serta memupuk semangat kekeluargaan dalam kalangan warga fakulti dan komuniti.
Terima kasih kepada semua pihak yang hadir, melancarkan dan melaraskan urusan serta menyumbang dalam menjayakan program ini.